Digi yang pertama buka tempahan minat iPhone 6s

Share Button

Bahang ketibaan iPhone 6s kian terasa. Beberapa minit selepas pengumuman Celcom, kini Digi turut serta dalam kemeriahan ini.

Digi telah mengumumkan di dalam twitternya, pembukaan pra-pendaftaran, ataupun tempahan minat untuk mendapatkan iPhone 6s dan 6s Plus melalui Digi. Laman pra-pendaftaran ini boleh diakses di sini.

Dari laman tempahan minat ini, Digi menyenaraikan iPhone 6s dan 6s Plus, dengan keempat-empat warna untuk dipilih, iaitu Silver, Space Gray, Gold dan juga warna terbaru Rose Gold. Digi juga memberi pilihan storan 16GB, 64GB serta 128GB. Walaupun semua model disenaraikan, tidak dapat dipastikan adakah ia akan benar-benar dijual kelak.

Dengan kadar tukaran matawang Ringgit yang semakin lemah berbanding Dolar US, dijangka harga iPhone 6s bakal melambung tinggi, berbanding harga iPhone 6 pada pelancarannya tahun lepas.

iPhone 6s Plus back on the box

Apa komen anda?