Digi melanjutkan tempoh percuma Digi Music Freedom

Share Button

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini mengumumkan lanjutan tempoh percubaan percuma, Digi Music Freedom sehingga hujung tahun ini. Semua pengguna Digi yang mengaktifkan pas Digi Music Freedom mulai sekarang hingga 31 Disember 2015, akan mendapat servis strim muzik secara percuma selama 120 hari. Pengguna sedia ada yang sedang dalam percubaan percuma, juga mendapat tambahan 120 hari percuma.

Pas Digi Music Freedom membenarkan pengguna melanggan pelbagai servis penstriman muzik popular dari seluruh dunia, tanpa risaukan kuota data. Semua pengguna Digi Music Freedom boleh menikmati muzik secara strim pada peranti pintar mereka, dengan tiada caj internet.

Digi Music Freedom - Samsung Milk and MixRadio

Serentak dengan itu, Digi turut mengumumkan penambahan dua lagi servis penstriman muzik baru ke dalam pas Digi Music Freedom. Dua servis baru tersebut adalah Samsung Milk Music dan MixRadio. MixRadio adalah servis penstriman lagu yang diasaskan oleh sistem permesejan popular dari Jepun, iaitu LINE.

Servis penstriman muzik yang telah sedia ada di dalam Digi Music Freedom ialah:

# TIDAL
# Guvera
# JOOX
# Spotify
# KKBOX
# Deezer
# Rdio
# Hitz.fm
# Era.fm
# My.fm
# MIX fm
# LiteFM
# SINAR fm
# MELODY FM
# THR Gegar
# THR Raaga
# SoundHound
# BE-AT.TV
# Q.us

Untuk melanggan servis Digi Music Freedom, pengguna Digi hanya perlu memuat turun aplikasi mudahalih Digi Music Freedom dari Apple AppStore atau Google Play Store. Maklumat lanjut tentang Digi Music Freedom boleh ditemui di lamanweb www.musicfreedom.com.

Aplikasi Digi Music Freedom

Comments

Apa komen anda?