Cyberview kembali dengan pertarungan hebat robot di ROBO RACE 2015

Share Button

Pertandingan robot anjuran Cyberview dan TeratoTech kembali lagi tahun ini. Selepas melihat kejayaan Soccerbot tahun lepas, tahun ini mereka membawakan pertandingan robot bertemakan ROBO RACE.

Pertandingan ini bertujuan menyediakan platform buat komuniti peminat robotik termasuk profesional, pakar industri, serta pelajar. Ia juga bertujuan memberikan pendedahan kepada belia tentang pengaturcaraan, animasi, kod dan lain-lain lagi.

SoccerBot 2014 Cyberview TeratoTechPertandingan SoccerBot tahun lepas

ROBO RACE 2015 akan diadakan pada 31 Oktober 2015, bertempat di MCMC Innovation Space, Cyberjaya. Pendaftaran boleh dibuat di lamanweb ROBO RACE 2015, selewat-lewatnya pada 24 Oktober 2015.

Tahun ini, ROBO RACE 2015 membawakan dua kategori pertandingan, bawah 16 tahun (lahir pada tahun 2000 dan selepasnya), serta kategori terbuka. Setiap peserta/pasukan hanya boleh menyertai satu kategori sahaja.

Untuk kategori bawah 16 tahun, semua peralatan robot akan disediakan seperti robot LEGO EV3 dan alat kawalan jauh Bluetooth. Manakala kategori terbuka akan menyaksikan pertarungan sebenar dari permulaan membuat pengaturcaraan, sehinggalah ia lengkap dipasang ke robot dan sedia berlumba.

Hadiah seperti wang tunai sehingga RM1,200, medal dan trofi menanti pemenang pertandingan ROBO RACE 2015. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb ROBO RACE 2015 atau dapatkan terma & syarat pertandingan di sini.

Sementara itu, saksikan contoh pertarungan hebat robot dalam salah satu acara pertandingan BattleBots di bawah ini.

 

Apa komen anda?