Celcom Telco Pertama Tawar iPhone 6S dan 6S Plus

Share Button

Celcom menjadi syarikat telekomunikasi pertama yang secara terbuka menawarkan telefon terbaru Apple, iaitu iPhone 6s dan 6s plus dengan membuka peluang menempahnya seawal 9 Oktober 2015, iaitu seminggu sebelum tarikh ia dilancarkan secara rasmi.

Pengguna yang berminat boleh mendaftar di cawangan Blue Cube terpilih berdekatan pada 9 Oktober 2015 sebelum mengambil telefon masing-masing pada 16 Oktober. Namun Celcom masih belum mendedahkan cawangan tersebut.

iPhone dijangka ditawarkan pada harga dan pakej yang sama seperti sebelum ini.

Malaysia akan bersama India dan Turki, memulakan jualan telefon pintar iPhone 6s & 6s Plus pada hari Jumaat, 16 Oktober 2015. Tarikh ini kurang dari 16 hari dari sekarang. Malaysia dikira berada dalam gelombang ke-4, dengan tarikh penjualan pada 16 Oktober ini.

Celcom-Logo-lebar

 

Trackbacks

  1. […] ni, baru syarikat telekomunikasi sahaja iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile, yang mengumumkan akan menjual iPhone 6s pada 16 Oktober kelak. Pasti […]

  2. […] masa ini, hanya Maxis dan Celcom yang mengumumkan tempahan sebenar iPhone 6s boleh dibuat pada 9 Oktober 2015. Digi dan U Mobile […]

  3. […] telco besar seperti Maxis, Celcom, DiGi dan U Mobile akan menawarkan iPhone 6s dan 6s Plus pada 16 Oktober […]

  4. […] menuju iPhone 6s semakin hangat. Selepas Celcom dan Digi, kini U Mobile pula mengumumkan pembukaan pendaftaran minat iPhone 6s di lamanweb […]

  5. […] ketibaan iPhone 6s kian terasa. Beberapa minit selepas pengumuman Celcom, kini Digi turut serta dalam kemeriahan […]

Apa komen anda?