Beli Lenovo PHAB Plus dan terima baucer dari Superdry percuma

Share Button

Apakah nama untuk tablet yang mempunyai fungsi telefon? Ya, ia dipanggil phablet. Lenovo mengorak selangkah ke depan, apabila melancarkan peranti dengan nama yang kelihatan lebih trendy, PHAB Plus.

Melihatkan semakin ramai pengguna gemarkan telefon dengan saiz skrin lebih besar, atau tablet dengan fungsi telefon, Lenovo mengambil kesempatan ini dengan PHAB Plus, peranti dengan skrin 6.8-inci. Ia dipenuhi ciri terbaik telefon untuk kegunaan hiburan, internet pantas serta bateri yang tahan lama. Hari ini, ia dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Pelancaran Lenovo PHAB Plus

Skrin PHAB Plus menggunakan paparan IPS dengan resolusi HD Penuh pada skrin 6.8-inci. Untuk meningkatkan pengalaman hiburan, PHAB Plus dilengkapi sistem bunyi keliling Dolby Atmos, serta pembesar suara dengan ‘Sound Chamber’ 1.0 cc.

Skrin yang besar sering bermasalah untuk digunakan sebelah tangan. Kerana itu Lenovo membawakan mod satu tangan, yang mengecilkan skrin dan boleh diposisikan di sebelah kiri atau kanan, bawah atau atas. Terdapat juga menu pintar, yang memberi akses pantas kepada pelbagai arahan, untuk kemudahan penggunaan sebelah tangan juga.

Lenovo PHAB Plus datang dengan rekaan premium besi unibodi. Sekali pandang, rupanya sama seperti Apple iPhone 6 Plus, yang perlu ditambah Plus Plus. Beratnya hanya 229 gram dengan ketebalan 7.6mm sahaja.

Lenovo PHAB Plus - depan

Di dalamnya, ia dikuasakan CPU 64-bit Qualcomm Snapdragon 615 8-teras berkelajuan 1.5GHz, bersama 2GB RAM LPDDR3. Storan dalamannya sebesar 32GB, dan boleh ditambah melalui kad mikroSD.

Kamera belakang PHAB Plus mempunyai resolusi 13MP dengan autofokus serta LED Flash. Manakala kamera depan hanyalah 5MP. Phab Plus mempunyai kapasiti bateri 3,500mAh yang dikatakan boleh bertahan selama 24 jam dengan penggunaan biasa.

Lenovo PHAB Plus menyokong rangkaian 4G LTE pada kedua-dua slot simnya. Slot pertama menyokong kad sim bersaiz mikro, manakala slot kedua berkongsi antara kad sim bersaiz nano dan kad memori mikroSD. Phab Plus menjalankan sistem operasi Android 5.0 Lollipop.

Harga Lenovo PHAB Plus Malaysia

Untuk 100 pembeli pertama sebelum 27 September 2015, Lenovo menawarkan baucer diskaun Superdry bernilai RM100, muat turun 100 lagu bernilai RM380, dan langganan e-majalah selama 12 bulan bernilai RM120. Layari laman tempahan Lenovo PHAB Plus sekarang, untuk maklumat lanjut.

Lenovo PHAB Plus yang telah dibuka tempahan sekarang, dijual di Malaysia pada harga RM1,199 termasuk GST. Dua warna disediakan untuk dipilih: Gunmetal Grey atau Honey Gold. Lenovo juga melantik Suzy Bae dari kumpulan k-pop Miss A, menjadi duta produk PHAB Plus. Teruja tak nak beli?

Miss A Suzy umum ketibaan Lenovo PHAB Plus Lenovo PHAB Plus - sisi atas Lenovo PHAB Plus - sisi bawah Lenovo PHAB Plus - sisi kananLenovo PHAB Plus - belakang speaker chamber

Apa komen anda?