Bekerja lebih senang dan bergaya dengan ASUS AIO ET2030

Share Button

Komputer Desktop sering kelihatan besar dan berat, apatah lagi dengan monitor dan pembesar suara berasingan. Tetapi kecanggihan teknologi membolehkan ia dipadatkan terus ke dalam badan monitor, seperti apa yang diperlihatkan di dalam ASUS ET2030, semuanya di dalam satu.

ASUS ET2030 adalah model terbaru di dalam siri PC ASUS Semua-dalam-Satu (All-in-One). Ia memiliki semua yang diperlukan pengguna, dengan kuasa pemprosesan yang tinggi, paparan pelbagai sentuhan dan juga storan yang besar. Semua ini di dalam satu pakej yang anggun dan bergaya, dalam badan seberat 7.81 kg sahaja.

ASUS AIO ET2030 front and back

ASUS ET2030 dikuasakan CPU Intel generasi ke-4, Core i3-4160T dengan kelajuan 3.6Ghz serta 3M cache. CPU ini mempunyai teknologi Intel Turbo Boost untuk lebih kuasa apabila diperlukan. Ia datang bersama 4GB RAM DDR3 yang boleh ditambah kemudian sehingga 6GB, serta storan dalaman sebesar 1TB. Selain ini, ia juga memiliki pemacu optikal DVD-RW. ASUS ET2030 dilengkapi Windows 8.1, yang boleh dinaiktaraf ke Windows 10 secara percuma.

Skrin ASUS ET2030 sebesar 19.5-inci, dengan resolusi tajam HD+ (1600×900). Skrin ini juga mempunyai fungsi sentuhan pelbagai, yang boleh mengesan sehingga 10 jenis sentuhan dalam satu masa. Kuasa bunyi pula diuruskan oleh teknologi ASUS SonicMaster bersama Waves MaxxAudio, menerusi pembesar suara stereo 2x2W yang terbina di dalam.

ASUS AIO ET2030 kawalan gerakan tangan

ASUS ET2030 turut mempunyai kamera web dengan resolusi 1MP. Kamera ini turut berfungsi sebagai pengesan gerakan tangan, yang boleh digunakan untuk mengawal aplikasi seperti memainkan video dan lagu, atau melihat album gambar. Semua ini boleh dilakukan tanpa menyentuh komputer.

Pelbagai sambungan sedia untuk digunakan bersama ASUS ET2030. Di sisi, ia memiliki 2 port USB3.0, pembaca kad memori, serta port mikrofon dan headfon setiap satu. Di belakang pula, ia dilengkapi 2 lagi port USB3.0, 2 port USB2.0, 1 port HDMI, 1 port LAN RJ45 dan 1 port kuasa.

ASUS AIO ET2030 back and side port

Lebih menarik lagi, port USB3.0 di sisi terbina dengan teknologi ASUS Ai Charger II. Ia membolehkan port ini digunakan untuk mengecas telefon atau tablet dengan pantas, tanpa perlu menghidupkan komputer.

Komputer ASUS ET2030 juga mempunyai sambungan tanpa wayar seperti Wi-Fi dan juga Bluetooth v4.0. Ia juga boleh bersambung ke paparan luar tanpa wayar, menerusi sambungan Miracast.

Komputer Semua-dalam-Satu ASUS ET2030, boleh mula dibeli di Malaysia pada harga RM2,399 termasuk GST. Ia turut didatangkan siap dengan papankekunci dan tetikus USB, bersama jaminan di tempat pengguna selama 3 tahun.

ASUS AIO ET2030 COVER

 

Apa komen anda?