Bayar bil U Mobile lebih mudah di 7-Eleven

Share Button

Terkadang talian anda dipotong gara-gara anda terlupa membayar bil, ataupun lokasi membayar bil di luar capaian anda buat waktu itu. Sebab itu, penyedia rangkaian telekomunikasi paling aktif membuat promosi tahun ini, menyediakan perkhidmatan pembayaran bil U Mobile di lebih 1,800 cawangan 7-Eleven di seluruh negara.

Bermula 28 September 2015, selain membeli pek permulaan prabayar, pembelian kad tambah nilai prabyaar dan SLURPEE, pelanggan pascabayar U Mobile boleh membayar bil mereka pada bila-bila masa di cawangan 7-Eleven berdekatan. Ini memberikan lebih fleksibiliti serta kemudahan kepada para pelanggan untuk membuat bayaran.

bayar bil U Mobile di 7-eleven

Pelanggan boleh membuat bayaran untuk akaun yang aktif, digantung dan yang telah dinyahaktif. Untuk membuat bayaran bil pascabayar U Mobile di 7-Eleven, langkahnya seperti berikut:

1. Tunjukkan penyata bil, cetakan e-bil atau paparan skrin bagi kod bar kepada juruwang
2. Buat bayaran tunai
3. Dapatkan resit bayaran untuk rujukan

Dengan pelbagai tawaran pelan antara termurah di Malaysia seperti Pelan Hero P70, yang datang dengan 7GB data & panggilan tanpa had, U Mobile turut aktif menawarkan servis terbaik mereka buat pelanggan. Selain 7-Eleven, pembayaran bil pascabayar U Mobile boleh dibuat di POS Malaysia serta mana-mana cawangan U Mobile.

Pengguna pelan pascabayar U Mobile juga boleh memilih untuk membuat bayaran dalam talian melalui pelbagai saluran. Untuk maklumat lanjut mengenai cara-cara pembayaran, sila layari www.u.com.my/payment-methods.

Apa komen anda?