Banyak hadiah percuma menanti pembeli Galaxy Note5 dan S6 edge plus

Share Button

Samsung Malaysia hari ini melancarkan dua model terbaru telefon pintar mereka, yang sama tapi tak serupa, iaitu Galaxy Note5 berharga RM2,699 dengan pilihan warna putih atau emas, serta Galaxy S6 edge+ berharga RM3,099 dengan warna hitam atau emas. Kedua-duanya datang dengan storan 32GB dan boleh mula dibeli bermula esok, 4 September.

Samsung Galaxy Note5 Harga Samsung Galaxy S6edge plus Harga

Untuk memberi peluang pengguna mencuba sendiri telefon pintar baru ini, Samsung kini mengadakan roadshow di Sunway Pyramid, Gurney Plaza Pulau Pinang dan juga Sutera Mall Johor Bahru, bermula dari hari esok, 4 September sehingga Ahad 6 September 2015. Untuk unit terhad, Samsung mengadakan promosi hadiah percuma powerbank 11,300mAh & pengecas tanpa wayar bernilai RM538, untuk pembelian Galaxy Note5 atau S6 edge+ di roadshow ini.

Lebih menarik lagi, Samsung turut membuat promosi diskaun 50% untuk pembelian unit kedua Galaxy Note5, tetapi terhad kepada 100 pembeli pertama yang beratur di Sunway Pyramid, dan juga 50 pembeli pertama yang beratur di Gurney Plaza & Sutera Mall, pada hari esok, 4 September 2015. Fahami promosi diskaun 50% ini dengan lebih mendalam di sini.

Samsung Galaxy Note5 - percuma powerbank dan pengecas tanpa wayar

Pembeli Samsung Galaxy Note5 dan S6 edge+ turut menikmati strim radio Samsung MILK Music secara percuma, yang memainkan pelbagai lagu dari seluruh dunia. Pembeli turut akan menerima langganan iflix selama 6 bulan, untuk menonton pelbagai drama, filem dan anime secara strim.

Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh Presiden Samsung Malaysia, Lee Sang Hoon. ia diserikan lagi dengan kehadiran selebriti tanahair seperti Puan Sri Tiara Jacquelina, Aaron Aziz, Yuna, Lynn Lim, Jinny Boy dan Reuben Kang. Turut sama hadir dalam acara ini ialah pemain badminton kebanggaan negara, Dato’ Lee Chong Wei.

Pelancaran Samsung Galaxy Note5 - pegawai Samsung dan selebriti

Galaxy Note5 & S6 edge+ dikuasakan CPU Exynos 7420, bersama 4GB RAM DDR4 dengan skrin 5.7″ QuadHD (2560×1440). Baterinya berkapasiti 3,000mAh yang tidak boleh diubah, dengan pengecasan pantas Samsung Adaptive Charge. Ia turut dilengkapi pengecasan tanpa wayar pantas, yang dijual berasingan.

Kamera belakang kedua-duanya beresolusi 16MP F2.0 dengan OIS dan LED Flash, manakala kamera depan 5MP. Seperti Galaxy S6, Galaxy note5 dan S6 edge+ tidak mempunyai slot kad memori mikroSD, untuk storan tambahan.

Di roadshow ini juga, Samsung mempamerkan pelbagai aksesori untuk telefon pintar baru ini seperti casing, powerbank, pengecas tanpa wayar, headfon dan paling menarik sekali penutup papankekunci. Harga jualan aksesori adalah seperti berikut:

  • Clear Protective Cover – RM 119
  • Flip Wallet Cover -RM 119
  • Glossy Protective Cover – RM 129
  • S View Flip Cover – RM 199
  • Glitter Protective Cover – RM 209
  • Clear View Flip Cover – RM 259
  • Keyboard Protective Cover – RM 279
  • Swarovski for Samsung – RM 399
  • 5200 mAh Battery Pack – RM 279
  • 5200 mAh Battery Pack (Fast Charge) – RM 299
  • 8400 mAh Animal Version Battery Pack – RM 289
  • 11300 mAh Animal Version Battery Pack – RM 339
  • Wireless Charger – RM 232
  • Wireless Charger (Fast Charge) – RM 279
  • Level Link Wireless Adapter – RM 286
  • Level On Wireless Headphones – RM 847
  • Level Box – RM 699

Samsung Galaxy Aksesori - Clear Protective Cover Samsung Galaxy Aksesori - Flip Waller Cover Samsung Galaxy Aksesori - Glossy Protective Cover Samsung Galaxy Aksesori - S View Flip Cover Samsung Galaxy Aksesori - Glitter Protective Cover Samsung Galaxy Aksesori - Clear View Flip Cover Samsung Galaxy Aksesori - Keyboard Cover Samsung Galaxy Aksesori - Swarovski Cover Samsung Galaxy Aksesori - Battery Pack Samsung Galaxy Aksesori - Animal powerbank Samsung Galaxy Aksesori - Wireless Charger Samsung Galaxy Aksesori - Level Link Samsung Galaxy Aksesori - Level Box

Apa komen anda?