Apple Pencil lawan Stylus Surface

Share Button

Apple Pencil3

Apple memperkenalkan Pencil yang akan beroperasi pada iPad Pro saja dan ia nampak seakan sangat peka dalam persembahan yang ditonjolkan eksekutif Apple berbanding produk lain di pasaran.

Ia sesuai untuk pelukis dan menulis nota kerana ketepatannya dua kali lebih baik dengan beberapa pen stylus biasa dan boleh pula secara automatik mengesan pergerakan Pencil untuk tulisan besar, kecil, highlight dan stroke nipis atau tebal.

Tahap latensi rendah memungkinkan Pencil dengan cepat menghasilkan tulisan yang muncul di atas skrin tanpa ‘lag’.

Ia mempunyai 12 jam jangka hayat bateri dan bahagian belakangnya boleh dibukan untuk mengecas menggunakan lightning. Kalau anda mengecas untuk tempoh 15 saat saja pun sudah cukup untuk menggunakan selama 30 minit.

Apple Pencil dijual pada harga $99.

surface stylus

Stylus pada Surface yang dijual Microsoft pula mempunyai tahap sensitiviti 256 dengan diameter 9.5mm dan tingginya 137mm selain berat 23g saja.

Rekaannya mempunyai tiga butang klik kanan dan padam, butang atas untuk OneNote selain klip untuk disematkan di poket dan sebagainya.

Stylus Surface dijual pada harga $49.90 dan dengan warna kelabu, merah, biru atau hitam. Bateri pula jenis AAAA.

Apa komen anda?