Apple Catat Rekod Baru Jual iPhone

Share Button

iPhone 6s

Apple berjaya menjual lebih 13 juta ini iPhone 6s dan 6s Plus dalam masa hanya 3 hari pada tarikh jualan rasminya pada 25 Sepember lepas di 40 negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Itali, Mexico, Rusia, Sepanyol dan Taiwan serta tidak ketinggalan negara terdekat, Singapura.

CEO Apple, Tim Cook memaklumkan dari kenyataannya berkata, jualan iPhone 6s dan 6s Plus sememangnya di luar jangkaan dan mecatatkan rekod jualan syarikat pada minggu pertama iPhone menewaskan semua rekod jualan sebelum ini.

“Kami akan membawa masuk lebih banyak iPhone baru pada gelombang kedua bermula 9 Oktober ini,” katanya.

iPhone 6s dan 6s Plus membawa dimensi baru yang berkuasa untuk revolusi antaramukanya termasuk Touch 3D yang mengesan cara anda menekan skrin sekaligus membiarkan anda melakukan perkara-perkara penting dengan lebih cepat dan mudah.

Gajet baru ini turut menyaksikan Live Photo, yang membawa imej-imej pegun lebih hidup. iPhone baru ini menggunakan kamera 12 megapiksel iSight, 5 megapiksel FaceTime HD di depan dan dikuasai oleh cip A9 Apple yang direka maju.

Apa komen anda?