Acer Malaysia buka stor online dengan tawaran mega

Share Button

Jualan mega dalam talian #MYCYBERSALE yang bermula hari ini, turut menyaksikan pembukaan stor dalam talian untuk Acer Malaysia. Ini bakal memudahkan pembeli mendapatkan produk terkini Acer secara terus & pantas, dari keselesaan di dalam rumah atau pejabat.

Acer tidak membuka kedai dalam talian di laman khas, tetapi membukanya di laman e-dagang terkemuka Malaysia, iaitu Lazada Malaysia dan 11street.my. Kedai dalam talian Acer Malaysia ini diuruskan oleh ClickAsia.

Bersama pembukaan kedai dalam talian ini, Acer Malaysia  turut menawarkan diskaun dan tawaran hebat. Pembeli boleh mendapatkan tablet Acer Iconia Talk S pada harga diskaun RM499, berbanding harga biasa RM799.

Pelancaran Acer Online Store

Acer turut memberikan pembeli tablet & laptop di kedai dalam talian mereka, jaminan tambahan 3-tahun, bersama langganan McAfee Internet Security selama 3 tahun dan juga pemacu 32GB USB OTG, semua ini bernilai RM500. Tetapi tawaran ini untuk pembelian 100 unit pertama sahaja.

Jika anda sudah lama mahu membeli produk Acer, mungkin sekarang adalah masa terbaik. Apatah lagi, Lazada Malaysia dan 11street.my menyertai kempen #MYCYBERSALE, yang bermula hari ini sehingga 2 Oktober 2015.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Acer Malaysia atau hubungi talian bebas tol Acer Infoline di nombor 1800-88-1288 (9am-6pm, Isnin hingga Jumaat).

Acer Online Store di ClickAsia

 

Apa komen anda?