Acer lancar aplikasi Acer Care Centre dan tawarkan 3 bulan jaminan tambahan

Share Button

Urusan waranti dan jaminan selepas jualan produk Acer, kini lebih mudah dengan pengenalan aplikasi mudahalih Acer Care Centre. Aplikasi ini baru dilancarkan dan kini, ia boleh dimuat turun dari Google Play Store.

Aplikasi ini dikendalikan oleh pembekal perkhidmatan rasmi Acer Malaysia, Highpoint Service Network Sdn Bhd. Melaluinya, pengguna boleh memeriksa, mengesan dan mengemaskini dengan mudah, status produk Acer mereka di mana jua, bila-bila masa. Tidak perlu lagi bersusah payah mencari kad waranti atau membuat panggilan untuk memeriksa status baikpulih.

Untuk mendaftar produk Acer melalui aplikasi ini, pengguna hanya perlu memasukkan nombor siri produk. Pendaftaran pelbagai produk sepperti telefon pintar, tablet, laptop dan pelbagai lagi boleh dibuat menerusi aplikasi ini.

Acer Care Centre Malaysia Mobile Apps

Pengguna juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk mengesan lokasi pusat servis Acer terdekat dengan mereka. Acer Malaysia kini mempunyai 16 pusat servis di seluruh Malaysia.

Bagi meraikan pelancaran aplikasi ini, Acer Malaysia memberikan jaminan tambahan 3 bulan secara percuma, kepada pengguna yang mendaftarkan produk Acer mereka menggunakan aplikasi ini. Tetapi ia terhad kepada 1,000 pelanggan pertama sahaja, serta produk Acer yang masih di dalam jaminan.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Acer Malaysia atau hubungi talian bebas tol Acer Infonline di nombor 1800-88-1288 (9am-6pm, Isnin hingga Jumaat).

Apa komen anda?