6S atau S6, Mana Satu?

Share Button

iPhone 6S vs Galaxy S6

Rekaan

iPhone 6S direka nipis (7.1mm) dengan bahan metal dan kelihatan cantik sesuai dengan rekaan premium Apple.

Samsung Galaxy S6 juga tidak kurang hebatnya. Selepas lima versi, Galaxy S mantap dengan rangka metal dan gelas di balakang pada kenipisan 6.8mm. Bahagian belakang gelas tersebut bagaimanapun akan meninggalkan kesan cap jari melainkan jika anda pemakai S6 warna putih.

Kamera

Apple sudah lama membawakan kamera yang menarik dan kali ini 6S datang pula dengan resolusi besar iaitu 12MP dengan 5MP di depan dan boleh pula merakam HD dan video 4K tetapi ia sudah ada pada mana-mana telefon Android dari tahun 2014.

Samsung Galaxy S6 pula lengkap dengan 16MP dan 5MP di depan tetapi dengan OIS yang merakam pada 5312 x 2988 piksel. S6 adalah kamera yang ternyata menewaskan mana-mana kamera telefon lain pada separuh pertama tahun ini

Prestasi

iPhone 6S mempunyai prosesor A9 dengan 70% CPU lebih pantas dan 90% grafik lebih berkuasa daripada A8 pada iPhone 6. Sudah menjadi kebiasaan bagi Apple menambah kuasa pada prosesor dan grafik di kalangan telefon mereka.

Galaxy S6 pula lengkap dengan prosesor octa-core Exynos 7420 dengan 4 core beroperas pada 2.1GHz dan selebihnya pada 1.5GHz. Di atas kertas ciri tersebut memberi kemenangan mudah kepada S6 cuma telefon Apple biasanya lancar pada prosesor rendah.

Paparan

iPhone 6S mengekalkan 4.7-inci 1334 x 750 IPS LCD dengan kepadatan 326ppi yang sama dengan iPhone 6 menjadikannya sangat kompak.

Samsung Galaxy S6 pula dengan skrin lebih besar 5.1-inci 1440 x 2560 dan densiti penuh 577ppi. Cukup berkuasa dan paparannya tersangat cantik.

OS

Pada iOS9, iPhone 6S memperlihatkan beberapa kemaskini dalam Siri, Apple Maps dan banyak lagi berbanding iOS8.

Samsung Galaxy S6 yang sememangnya jelas Android dengan versi 5.1 bergantung kepada UI TouchWiz dan ia ternyata versi Android paling bersih dan menarik setakat ini.

Bateri

Terlalu awal untuk menguji ketahanan bateri iPhone 6S tetapi bateri 2550mAh Samsung Galaxy S6 sedikit menggugat apabila cepat juga habis mungkin kerana paparannya yang luar biasa juga.

Apple pula jika sama seperti A8, baterinya agak membimbangkan juga.

Harga

Ketika pelancaran, iPhone 6 dijual pada harga RM2,699 (versi 16GB) dan harga tersebut dijangka sama dengan 6S nanti.

Samsung Galaxy S6 pula jika dilihat pada harga pelancarannya ialah RM2,599 (32GB).

Comments

Apa komen anda?