16 Ciri Nexus 6P yang anda perlu tahu

Share Button

Hasil kerjasama dengan Huawei, Google melancarkan telefon pintar baru, Nexus 6P. Sebelum Huawei, Google pernah bekerjasama dengan Motorola dan HTC untuk memperkenalkan versi Nexus kepada pengguna.

Jom kita lihat 10 ciri baru pada Nexus P ini.

  1. Telefon pertama yang beroperasi dengan Android 6.0 Marshmallow secara natif dan asli.
  2. Rekaan metal unibodi dengan aluminium bertakhtakan bentuk berlian di bucu.
  3. Mempunyai paparan 5.7” WQHD 518ppi AMOLED
  4. Menggunakan prosesor octa-core Qualcomm Snapdragon 810 v2.1 64-bit
  5. Memiliki kapasiti bateri 3450mAh yang bertahan sepanjang hari
  6. Telefon Nexus pertama dengan port USB Type-C.
  7. USB Type-C membolehkan cas pantas selama 10 minit dan boleh digunakan selama 7 jam.
  8. Piksel 1.55um merekod lebih banyak cahaya untuk imej lebih baik pada kamera.
  9. Nexus 6P boleh merakam video 4K dan video slo-mo pada kamera belakang 12MP.
  10. Kamera depan beresolusi 8MP dengan teknologi HDR+ sangat sesuai untuk para selfie.
  11. Terdapat pengimbas cap jari di bahagian belakang telefon.
  12. Beratnya hanya 178g dengan tahap nipis, 7.3mm
  13. Skrin telefon dilindungi Corning Gorilla Glass 4
  14. Kapasiti memori ditawarkan: 32GB, 64GB, 128GB
  15. Harga mengikut pertukaran wang semasa: RM2,195 atau RM2,415 atau RM2,855
  16. Terdapat 3 warna iaitu perak, hitam dan putih.

Nexus 6P-Frost-Front and Back

Comments

Apa komen anda?