Ubah panggilan dari PC ke telefon tanpa putus dengan Jabra Evolve

Share Button

Jabra, pengeluar produk audio terkemuka dunia mengumumkan kemaskini terbaru untuk headset dari siri perniagaannya, Jabra Evolve. Jabra Evolve adalah produk pertama seumpamanya, menampilkan headset dengan penyingkiran bunyi bising profesional yang sesuai untuk penggunaan di pejabat. Kemaskini terbaru Jabra Evolve, membolehkan fungsi pemindahan panggilan di Skype for Business, dibuat dengan mudah.

Jabra Evolve Function

Apabila digunakan dengan aplikasi Skype for Business, Jabra Evolve menyokong pertukaran panggilan dari telefon desktop kepada telefon pintar. Ia boleh dilakukan semudah mencabut wayar audio 3.5mm dari unit kawalan, dan dicucuk ke telefon pintar ataupun menggunakan headset Bluetooth Jabra. Secara automatik ia dihantar ke telefon pintar.

Jabra Evolve - inline controller Jabra Evolve Bluetooth dilengkapi kabel USB

Jabra Evolve digemari ramai di seluruh dunia kerana menghasilkan headset dengan bunyi panggilan yang jelas dan terang pada setiap panggilan, serta lampu yang menandakan pengguna sedang dalam talian telefon, dan juga fungsi penyingkiran bunyi bising. Ini memberi pekerja ruang peribadi, walaupun berada di dalam pejabat yang sibuk.

Jabra Evolve yang baru ini hadir dalam lima model di Malaysia, iaitu Evolve 20, 30, 40, 65 dan 80. Kelainan ini memberi pilihan kepada pekerja, untuk memilih produk yang paling sesuai dengan mereka.

Banner Jabra Evolve untuk lebih konsentrasi

Fungsi ‘Pemindahan Panggilan’ akan terdapat secara eksklusif pada Jabra Evolve 40 dan 80, dengan kombinasi pengguna Skype for Business menerusi firmware terbaru. Pengguna Jabra Evolve 40 dan 80 sedia ada, perlu mengemaskini kepada firmware terbaru ini, untuk mengaktifkan fungsi ini.

 

 

Apa komen anda?