U Mobile mendahului pemasangan 5G di Malaysia bersama ZTE

Share Button

Jika anda merasakan rangkaian 4G belum cukup memuaskan hati, pastinya rangkaian 5G dinantikan ketibaannya. Tetapi ia tidak akan muncul dalam masa terdekat. Cuma,U Mobile Sdn Bhd, salah satu penyedia rangkaian telekomunikasi (telko) di Malaysia, telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama ZTE Corporation, untuk menyediakan pembangunan prasarana pra-5G, serta pelaksanaannya di Malaysia pada masa akan datang.

Perjanjian kerjasama ini ditandatangani oleh Ketua Pegawai Teknologi U Mobile, Too Tian Jen bersama Pengarah Urusan ZTE Malaysia, Steven Ge. Majlis ini disaksikan oleh CEO U Mobile – Wong Heang Tuck, Naib Presiden Kanan ZTE – Zhang Renjun dan juga Pengarah U Mobile – Kenneth Chang. Pengurusan U Mobile dan ZTE Malaysia akan melawat makmal R&D ZTE, untuk merasai sendiri ujian makmal pra-5G menggunakan frekuensi 2.6MHz.

U Mobile sign MOU with ZTE for 5GToo Tian Jen (kiri)  bersalaman dengan Steven Ge (kanan) di majlis MoU U Mobile bersama ZTE

MoU ini meletakkan U Mobile sebagai telko pertama di Malaysia melaksanakan pembangunan rangkaian 5G. Kerjasama ini juga menunjukkan kesungguhan U Mobile untuk menjadi peneraju teknologi mudahalih masa depan dan menyediakan internet pantas kepada pengguna di Malaysia.

U Mobile adalah telko yang memfokuskan kepada pelan berasaskan data, di mana 70% pengguna U Mobile melanggannya. Kerana itu, U Mobile sentiasa aktif untuk mencari peluang memajukan servisnya, menerusi pelbagai tawaran produk serta rangkaian yang boleh dipercayai pengguna.

Pra-5G adalah fasa pertengahan di antara 4G dan 5G. Teknologi ini berpotensi memberikan kelajuan data sehingga 10x lebih pantas berbanding 4G LTE. Ia akan tersedia sebelum ketibaan 5G dan mampu menawarkan pegalaman menghampiri 5G kepada pengguna.

Sementara menyediakan prasarana pra-5G, U Mobile juga akan terus membangunkan teknologi teras 5G, yang kini masih dalam fasa penyelarasan. Rangkaian 5G akan datang mampu mencapai kelajuan muat turun sehingga 20Gbps, 20x lebih pantas dari LTE-A iaitu 1Gbps. 5G juga menawarkan masa lengah (latency) serendah 1 milisaat, bersama kapasiti data yang lebih tinggi.

Apa komen anda?