Tukar telefon tiap tahun dengan Maxis Zerolution tanpa kontrak & penalti

Share Button

Pertama kali diperkenalkan di Malaysia, hari ini Maxis melancarkan program Maxis Zerolution. Ia menjanjikan kebebasan dari kontrak dan bayaran pendahuluan untuk memiliki telefon pintar baru.

Maxis melihat, belia di Malaysia sering menukar telefon setiap 12 hingga 18 bulan. Kontrak 24 bulan sering mengikat pelanggan dari menukar pelan & telefon. Malah, caj penalti keterlaluan perlu dibayar untuk menamatkan kontrak lebih awal. Dengan Maxis Zerolution, tidak lagi perlu risau tentang kontrak & penalti. Tukar je telefon baru setiap 12 bulan.

Contoh Pelan Maxis Zerolution dengan HTC One M9 plus

Program Maxis Zerolution berfungsi dengan cara, menjadikan harga telefon kepada ansuran 24 bulan. Kemudian, ia ditambah dengan RM30 untuk layak menyertai program Zerolution, bersama tambahan RM15 sebagai jaminan, setiap bulan. Sebagai contoh, untuk mendapatkan HTC One M9+, harga ansuran 24 bulannya ialah RM90 sebulan selepas subsidi Maxis, kemudian ditambah RM30 & RM15. Maka, pengguna Zerolution hanya perlu membayar RM135 sahaja sebulan.

Melalui Maxis Zerolution, apa yang perlu dilakukan pengguna ialah, hanya perlu pilih pelan MaxisONE, bayar harga telefon secara ansuran 24 bulan & tiada bayaran pendahuluan. Tidak perlu membayar semasa mengambil telefon, semuanya dicaj ke bil. Datang berlenggang ke Pusat Servis Maxis dan pulang dengan telefon baru.

Langkah daftar Maxis Zerolution

Cukup 12 bulan, bawa telefon yang berdaftar dengan Zerolution, dan tukar ke telefon baru tanpa perlu membayar sebarang penalti. Hanya harga ansuran yang baru dikemaskini di dalam bil, berdasarkan telefon yang dipilih. Tetapi, pastikan telefon lama anda masih berfungsi & dalam keadaan baik.

Untuk mendaftar ke Maxis Zerolution dengan pelan MaxisONE yang baru, segera lawati mana-mana Pusat Servis Maxis atau Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara, atau lawat terus lamanweb Maxis Online Store. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb Maxis Zerolution.

Comments

Trackbacks

  1. […] enam saluran untuk anda mendapatkan Note8 melalui mereka. Tiga daripadanya adalah menerusi program Zerolution. Program ini membolehkan anda mendapatkan Note8 secara […]

  2. […] Sebelum pergi lebih jauh, tawaran istimewa ini hanyalah untuk mereka yang mempunyai alamat surat-menyurat di Sabah, Sarawak atau Labuan. Tawaran ini juga memberikan data bonus, jika pengguna membeli telefon melalui program Zerolution. […]

Apa komen anda?