Test Produk – OPPO R7 Plus

Intro

Share Button

KELEBIHAN
+ Bateri tahan lama & cas pantas VOOC
+ Kamera pantas Flash Shot
+ Reka bentuk premium besi unibodi

KEKURANGAN
– Spesifikasi kelas pertengahan
– Skrin 6-inci agak besar dan berat
– Harga Premium

 

OPPO adalah satu pengeluar telefon pintar yang agresif tahun ini, terutama sekali untuk pasaran Malaysia. Iklan berkenaan OPPO boleh dilihat hampir di mana sahaja. Di TV, suratkhabar, panggung wayang, kompleks membeli-belah malah papantanda di jalanraya.

Walaupun nampak agresif dari segi pemasaran dan pengiklanan, OPPO tetap kekal fokus dalam penghasilan telefon pintar. Dari pandangan kami, OPPO adalah salah satu pengeluar inovatif, yang sering menghasilkan produk berbeza dari jenama lain. Antara teknologi yang menarik perhatian dunia adalah seperti pengecasan VOOC, yang terpantas untuk peranti pengguna masakini. Kamera bolehputar automatik pada N3 juga satu ciptaan unik yang tidak terdapat pada jenama lain.

Paling terbaru, OPPO menghasilkan telefon pintar dari siri-R yang nipis dan menawan, dengan memperkenalkan 3 model sekaligus: R7 Lite, R7 dan juga R7 Plus. R7 Lite adalah peranti premium peringkat permulaan, R7 pula peranti utama berkuasa tinggi dengan pakej penuh dan akhir sekali R7 Plus adalah phablet yang terbaik dalam keluarga siri-R terbaru ini.

Kami telah mencuba sendiri telefon pintar terbaru dari OPPO ini, iaitu R7 Plus dan ini ialah laporan kami sepanjang penggunaannya.

Test Produk - OPPO R7 Plus - Depan senget Test Produk - OPPO R7 Plus - Belakang senget

 

MUKA 2: Rekabentuk Luar

Apa komen anda?