Tempahan minat OnePlus 2 dibuka di Maxis

Share Button

OnePlus 2 yang menggelarkan diri, pembunuh peranti utama tahun depan, telah dilancarkan baru-baru ini. Spesifikasinya kelihatan sangat menarik apabila dilihat dari harga yang ditawarkan. Peranti dilengkapi CPU Snapdragon 810 dengan harga hanya USD 389 (~RM1489) bersama storan 64GB, memang murah. Anda nak beli?

Maxis kini telah membuka laman untuk mendapatkan jemputan pembelian OnePlus 2. Ini bermakna, ia akan mula dijual di Malaysia dalam masa terdekat. Di SIRIM, ia telah mula kelihatan awal bulan ini. Pengumuman Maxis ini mengukuhkan lagi ketibaan OnePlus 2 di Malaysia. Tapi, mengapa anda perlukan jemputan?

Banner OnePlus 2 di maxis

OnePlus menjual telefon pintar OnePlus One melalui cara unik, iaitu hanya dengan jemputan sahaja. Pembeli yang berminat, perlu mendapatkan jemputan pembelian, barulah mereka dapat membeli satu unit telefon OnePlus. Perkara yang sama juga dilakukan untuk OnePlus 2 kali ini.

Untuk mendapatkan jemputan khas melalui Maxis ini, anda perlu mendaftarkan minat di lamanweb khas OnePlus 2 Maxis. ia masih tidak menjamin anda akan dapat membeli, tapi lebih baik dari tiada apa. Maxis juga tidak menyatakan bilakah mereka akan mula mengedarkan jemputan khas ini. Tapi, adalah lebih baik untuk mendaftarnya secepat mungkin. Kerana ia diberikan mengikut turutan, siapa dulu dia dapat.

Jemputan OnePlus 2 COVER

OnePlus 2 yang diumumkan bulan lepas, telah mula dijual di China pada 11 Ogos 2015. Beberapa unit China ini telah pun tiba di Malaysia, dan kami sendiri telah mendapatkannya. Anda boleh melihat pandang pertama kami dan bertanyakan soalan, di Facebook TheSkop.

Apa yang menarik dengan OnePlus 2 ni? Perkakas terhebat dengan harga yang amat rendah. Dengan membayar USD 389 (~RM1489), anda akan mendapat telefon pintar dilengkapi CPU Snapdragon 810 64-bit 8-teras, 4GB LPDDR4 RAM, 64GB storan dalaman, 5.5-inci skrin HD Penuh, 13MP kamera belakang dengan auto-fokus, 5MP kamera depan dan bateri 3,300mAh.

OnePlus 2 atas kotak OnePlus 2 belakang atas kotak Kabel USB C di OnePlus 2

OnePlus 2 juga dilengkapi pengimbas capjari di butang Home, dan menggunakan USB jenis-C terbaru. Ia juga memiliki rupa luaran premium dengan kerangka besi, serta butang khas notifikasi di sisi. OnePlus 2 juga mempunyai dwi-slot kad sim yag menyokong rangkaian 4G LTE, tetapi tanpa slot kad mikrosD. Ia menjalanakan sistem operasi Oxygen OS, yang berasaskan Android 5.0 Lollipop. Semua ini boleh didapati kurang dari RM1500.

Jadi, mahukah anda membelinya? Kalau nak tu, segera mendaftar di laman OnePlus 2 Maxis sekarang.

[SUMBER: 1, 2]

Apa komen anda?