Telefon pintar ASUS Zenfone 2 naik harga

Share Button

Telefon pintar ASUS Zenfone 2 adalah telefon yang paling berbaloi untuk dimiliki, jika anda inginkan peranti dengan 4GB RAM. Ia disenaraikan berharga RM1099 semasa dilancarkan pada bulan Mei lepas. Tetapi, harga ini nampaknya tidak kekal.

Menurut DirectD, salah satu penjual barangan elektronik di Kuala Lumpur, ASUS Zenfone 2 (ZE551ML) dengan 4GB RAM akan dinaikkan harga sebanyak RM100. Ini bermakna, Zenfone 2 4GB RAM bersama 32GB akan berharga RM1,199 (harga asal RM1,099). Manakala model 64GB pula akan menjadi RM1,399 (harga asal RM1,299). Harga yang diumum ini termasuk GST dan jaminan 1 tahun ASUS Malaysia.

HARGA BARU ASUS Zenfone 2 (ZE551ML)
ASUS Store Zenfone 2 4GB new price

HARGA LAMA ASUS Zenfone 2 (ZE551ML)ASUS Store Zenfone 2 4GB old price

Perkara ini disahkan pula di kedai dalam talian, ASUS Store yang turut memaparkan harga baru ini. Kenaikan harga telefon adalah sesuatu yang agak ganjil, tetapi ia mungkin berlaku kerana penurunan harga Ringgit Malaysia berbanding Dolar US. Tambahan lagi, ASUS turut akan membawa model baru, Zenfone Selfie dan juga Zenfone Deluxe ke Malaysia pada akhir bulan ini.

Zenfone 2 (ZE551ML) adalah sebuah telefon pintar yang menyokong rangkaian 4G LTE serta dua slot kad sim. Ia mempunyai skrin IPS sebesar 5.5-inci HD Penuh dengan kapasiti bateri 3,000mAh dan juga pengecas pantas ASUS BoostMaster. Zenfone 2 dikuasakan CPU Intel Atom Z3580 64-bit 4-teras 2.3GHz bersama 4GB RAM. Ia datang dengan pilihan storan 32GB atau 64GB, yang turut mempunyai slot kad memori mikroSD. Kamera belakangnya 13MP F2.0 dengan dwi-tona LED Flash, manakala kamera depan 5MP.

Baca laporan Test Produk ASUS Zenfone 2 kami untuk mengenali telefon pintar ini dengan lebih dekat.

[SUMBER: 1, 2]

Apa komen anda?