Telefon berkilauan lebih mampu milik dengan OPPO Mirror 5

Share Button

Pasti ramai yang tertawan melihat kilauan telefon pintar OPPO R1x. Jika anda ingin milikinya dengan harga lebih rendah, OPPO kini menawarkan rekaan yang sama pada model terbaru, OPPO Mirror 5. Telefon dengan kilauan cermin seperti mutiara ini kini dijual di Malaysia, pada harga RM998, termasuk GST.

OPPO Mirror 5 dijual di Malaysia

Keunikan dan daya tarikan Mirror 5 terletak di belakangnya, dengan rupa potongan kaca yang memberikan refleksi cahaya berbeza. Mirror 5 menggunakan kerangka besi, sama seperti yang terdapat R1x, untuk memberikan lebih daya tahan. Telefon ini mempunyai berat 160 gram, dengan ketebalan hanya 7.65mm.

Di dalamnya, OPPO Mirror 5 dikuasakan CPU Snapdragon 410 64-bit, 4-teras bekelajuan 1.2GHz. Ia digandingkan dengan 2GB RAM dan 16GB storan yang boleh diluaskan dengan kad mikroSD. Mirror 5 menyokong rangkaian 4G LTE, melalui dua kad sim yang berbeza slot dengan kad mikroSD. Skrin IPS pada Mirror 5 sebesar 5-inci, dengan resolusi qHD iaitu 960×540 piksel.

OPPO Mirror 5 depan belakang

Kamera utama Mirror 5 beresolusi 8MP dengan apertur F2.2 dan saiz sensor 1.4 mikron. Manakala kamera depan pula 5MP F2.4. Bateri Mirror 5 berkapasiti 2420mAh, tetapi tiada pengecas pantas VOOC. Mirror 5 menjalankan sistem operasi Android 5.1 bersama antaramuka terbaru OPPO ColorOS 2.1. Satu lagi perkara menarik di Mirror 5 ialah, ia mempunyai pemancar infra-merah, menjadikan telefon ini kepada alat kawalan jauh.

Telefon pintar OPPO Mirror 5 yang penuh menawan ini boleh didapati dalam dua warna, putih dan biru. Ia boleh dibeli mulai hari ini, di kedai konsep OPPO dan pengedar sah OPPO, di seluruh Malaysia pada harga RM998.

OPPO Mirror 5 warna putih dan biru OPPO Mirror 5 biru di cermin

Apa komen anda?