Taip V untuk K-Pop

Share Button

Berita hangat untuk peminat K-Pop: V, sebuah aplikasi penstriman video secara langsung kini boleh dimuat turun ke peranti Android atau iOS anda. Setakat ini lebih 25 artis K-Pop telah pun bersetuju untuk muncul dan bertemu peminat, melalui aplikasi yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat Internet gergasi dari Korea, NAVER.

Nama-nama seperti Big Bang, SM Town, Infinite, Kara, GOT7, Girls Day dan Apink sudahpun tersenarai. Pengguna aplikasi V boleh log masuk menerusi akaun media sosial seperti LINE atau Facebook yang sedia ada, untuk menikmati video terkini beserta sarikata dalam bahasa Inggeris, malah sarikata Cina dan Jepun juga tersedia sedikit masa lagi.

Line V bersama Apink

Setiap artis diberikan saluran video sendiri dan melalui fungsi ‘Star Following‘, pengguna akan mendapat notifikasi jika artis pilihan mereka memulakan siaran langsung. Fungsi ‘Upcoming‘ dan ‘Chemi-beat‘ juga memudahkan pengguna mendekatkan diri dengan artis-artis kesayangan.

Sekurang-kurangnya dua kandungan baru akan ditawarkan setiap hari melalui aplikasi V. Video dalam V dikategorikan kepada ‘Special Live‘ untuk konsert dan acara hiburan manakala ‘App Live‘ untuk video artist yang mengetengahkan topik seperti kecantikan, masakan dan pendidikan. Sebuah lagi kategori, ‘Spot Live‘ pula membawakan anda ke kehidupan seharian artis yang anda sukai.

jadual artis kpop di V

Nak cuba? Muat turun aplikasi V di Android atau di iOS. Senarai jadual siaran langsung serta artis kpop yang terlibat pula, boleh dilihat di atas ini, atau rujuk senarai penuh di lamanweb www.vlive.tv

Trackbacks

  1. […] video masa nyata yang dibangunkan oleh NAVER, yang turut menghasilkan aplikasi mesej popular, LINE. Dilancarkan kali pertama pada penghujung Julai, aplikasi V menyediakan ruang lebih luas untuk peminat K-pop di seluruh […]

  2. […] post Taip V untuk K-Pop appeared first on […]

Apa komen anda?