Storan NAS lebih berganda dengan WD Red PRO baru

Share Button

Western Digital (WD) hari ini mengumumkan pula model terbaru storan yang direka khas untuk kegunaan rangkaian (NAS), iaitu WD Red PRO dengan kapasiti 5TB dan 6TB. Siri WD Red PRO adalah pilihan terbaik untuk sistem NAS sehingga 16 slot, untuk perniagaan yang memerlukan storan yang lebih besar dan tahan lasak.

WD Red Pro yang baru ini menggunakan rekaan yang dinaiktaraf, dengan 128MMB cache yang boleh menghantar data sepantas 214MB sesaat. Dengan WD NASware 3.0 pula, pengguna mendapat keselamatan data yang lebih baik serta prestasi NAS yang lebih tinggi.

WD Red Pro 6TB sisi tegak

WD Red Pro dilengkapi teknologi tahan hentakan sehingga 16 slot. Ia juga dilengkapi perlindungan getaran dari kipas penyejukan yang sering terdapat di sistem penyejukan rak. WD turut memberikan jaminan yang lebih panjang berbanding WD Red. WD Red Pro datang dengan jaminan terhad selama 5-tahun.

WD Red pro yang baru ini telah mula dijual di Malaysia, dengan kapasiti 5TB (WD5001FFWX) berharga RM1,450 manakala kapasiti 6TB (WD6001FFWX) berharga RM1,550. Ia boleh didapati dari penjual di seluruh Malaysia, dan diedarkan oleh Achieva Technology Sdn Bhd, Amble Action Sdn Bhd dan Eternal Asia (M) Sdn Bhd.

Maklumat lanjut berkenaan cakera keras WD Black ini, boleh didapati di laman produk Storan NAS WD.

Apa komen anda?