Sony Experience 2015 perkenal 3 kamera kompak berkuasa Sony

Share Button

Sony Malaysia baru-baru ini mengumpulkan peminat dan media, dalam satu acara pelancaran yang diberi nama Sony Experience 2015. Acara ini menampilkan secara rasmi, 3 kamera baru keluaran Sony iaitu α7R II, RX10 II dan RX100 IV. Kesemua kamera ini menampilkan rakaman video 4K dalam badan yang kompak dan mudah dibawa.

Sony Experience 2015 - jurugambar dan pegawai Sony

Acara ini turut disertai beberapa jurugambar terkemuka, yang berkongsi pengalaman mereka menggunakan kamera baru Sony ini. Antaranya ialah sinematografer – Baron Abas, Jurugambar Lanskap – Fakrul Jamil, pemenang anugerah gambar kurang cahaya – Wilson Ng dan juga jurugambar perkahwinan – Alexis Fam. Mereka menunjukkan hasil rakaman yang menakjubkan, dengan hanya kamera kompak terbaru dari Sony ini.

Sony Experience 2015 - a7R II pegang

Kamera Sony α7R II yang baru ini adalah kamera dengan lensa boleh ubah, yang pertama di dunia menggunakan sensor CMOS Exmor-R bingkai-penuh diterangi-belakang, dengan resolusi setinggi 42.4MP. Ia mempunyai sistem penstabilan imej 5-paksi bagi menghasilkan rakaman yang jelas dan tajam.

Pelbagai lensa Sony FE boleh dipadankan dengan kamera Sony α7R II ini. Enjin pemproses imej berkelajuan tinggi, BIONZ X memastikan α7R II dapat merakam gambar dan video dengan ketelitian tertinggi dan rendah kebisingan. Kamera Sony α7R II dilengkapi sambungan tanpa wayar Wi-Fi dan juga NFC, serta berfungsi penuh dengan aplikasi Sony’s PlayMemories Mobile™.

Sony Experience 2015 - RX10 II pegang

Kamera kedua yang diperkenalkan adalah kamera zum tinggi Sony RX10 II. Ia adalah yang pertama di dunia menggunakan sensor CMOS Exmor RS 1.0 berlapis 20MP, bersama pemproses signal termaju dan juga cip memori DRAM terbina. Gabungan ini juga membolehkan fungsi profesional digunakan, seperti 40x gerak perlahan yang merakam sehingga 960 bingkai sesaat (fps), dan juga rakaman video beresolusi ultra-tinggi 4K. Zum sejauh 8.3x terdapat pada kamera Sony RX10 II ini.

Sony Experience 2015 - R100 IV pegang

Manakala kamera ketiga yang diperkenalkan adalah, kamera super kompak Sony RX100 IV. Bersama RX10 II, ia juga adalah yang pertama menggunakan sensor CMOS Exmor RS 1.0 berlapis 20MP. Gabungan pemproses signal termaju dan juga cip memori DRAM terbina, membolehkan ia merakam gerak perlahan sehingga 960 bingkai sesaat (fps), dan video setinggi 4K. Beratnya pula hanya 298gram termasuk bateri dan kad memori. RX100 IV mempunyai skrin boleh putar, dan juga viewfinder yang boleh disimpan.

Sony Experience 2015 - model pamera RX10 dan RX100

Keetiga-tiga kamera yang diperkenalkan ini, telah mula dijual di Malaysia. Harga untuk kamera Sony α7R II bermula dari RM11,999 untuk badan sahaja. Manakala kamera RX10 II pula dijual berharga RM5299 dan RX100 IV berharga RM3799.

Di bawah ini adalah contoh hasil video yang dirakam menggunakan kamera Sony RX100 IV, oleh sinematografer Baron Abas.

 


 

Baca lebih lanjut tentang ketiga-tiga kamera ini di laporan kami lebih awal, di bawah ini:

Sony Experience 2015 - a7r II pamer Sony Experience 2015 - RX10 II pamer Sony Experience 2015 - RX100 IV pamer

Apa komen anda?