Sony a7R II muncul dengan sensor 42MP dan rakaman video 4K

Share Button

Sony memang terkenal sebagai pengeluar sensor kamera kompak dan mudahalih terunggul di dunia. Tetapi, Sony turut menghasilkan kamera SLR yang berprestasi tinggi. Terbaru, mereka melancarkan kamera bingkai-penuh tanpa cermin, iaitu Sony α7R II.

Kamera dengan lensa boleh ubah, α7R II yang baru ini adalah yang pertama di dunia menggunakan sensor CMOS Exmor-R bingkai-penuh diterangi-belakang. Ia juga beresolusi setinggi 42.4 MP, di samping sensitiviti yang mencapai ISO 102400. Fokus auto nya juga lebih pantas 40% berbanding α7R yang asal.

Sistem penstabilan imej 5-paksi yang terdapat pada α7 II, digunapakai ke dalam α7R II. Kamera α7R II juga boleh merakam video beresolusi Ultra HD 4K dalam pelbagai format, termasuk format Super 35mm dan format bingkai-penuh, yang peertama seumpamanya untuk kamera digital. Viewfinder yang terdapat padanya, XGA OLED Tru-Finder™ yang baru, mempunyai pembesaran 0.78x.

Kamera Sony a7r II belakang

Pelbagai lensa Sony FE boleh dipadankan dengan kamera Sony α7R II ini. Enjin pemproses imej berkelajuan tinggi, BIONZ X memastikan α7R II dapat merakam gambar dan video dengan ketelitian tertinggi dan rendah kebisingan. Penutup rendah gegaran yang tahan lasak, menjadikan α7R II kurang gegaran dengan kitaran ketahanan sekitar 500,000 rakaman. Ia juga boleh ditetapkan pada mod senyap, untuk tangkapan gambar tanpa sebarng gegaran atau pergerakan.

Kamera Sony a7r II - lensa FE2470Z dan FE35F14Z

Kamera Sony α7R II dilengkapi sambungan tanpa wayar Wi-Fi dan juga NFC, serta berfungsi penuh dengan aplikasi Sony’s PlayMemories Mobile™, yang terdapat pada platform Android dan iOS. Lebih banyak maklumat tentang aplikasi ini boleh didapati di lamanweb www.sony.net/pmca.

Kini, jurugambar tidak lagi perlu memilih antara resolusi tinggi atau kelajuan tinggi atau sensitiviti tinggi. Semua ini terdapat di dalam kamera Sony α7R II dengan sensor CMOS Exmor-R bingkai-penuh diterangi-belakang 42.4MP yang baru.

Kamera Sony a7r II belakang LCD

Kamera boleh ubah lensa berbingkai-penuh Sony α7R II, boleh dibeli di Malaysia bermula pertengahan Ogos 2015 pada harga RM11,999. Tempahan boleh dibuat bermula 1 Ogos 2015. Maklumat lanjut tentang kamera Sony siri-α boeh didapati di www.sony.com/alpha.

 

Trackbacks

  1. […] Sony A7R II Muncul Dengan Sensor 42MP Dan Rakaman Video 4K […]

Apa komen anda?