SKMM akan sekat semua laman yang BERSIH

Share Button

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memutuskan untuk menyekat laman-laman sesawang yang mempromosi, menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai untuk turut serta ke Perhimpunan Bersih 4.0, yang boleh mengganggu-gugat kestabilan negara, lanjutan dari kenyataan media oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ia berdasarkan BERSIH yang dikatakan bergiat secara tidak sah dan mencetuskan suasana gelisah serta membangkitkan kebimbangan orang ramai khususnya rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan keturunan.

SKMM juga menyatakan BERSIH sebagai menyebarkan propaganda untuk menghasut rakyat bagi tujuan negatif terhadap Kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu yang boleh mendatangkan keburukan.

image

Dasar sekatan itu juga berlandaskan pelbagai kegiatannya telah memberi kesan buruk kepada imej Negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan Negara, malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia.

Sehubungan itu, SKMM ingin memperingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di laman-laman sesawang dan media sosial, terutamanya kandungan yang boleh menyalahi mana-mana undang-undang Malaysia.

 

[SUMBER]

Apa komen anda?