Sambut Hari Kemerdekaan dengan 15 unit iPhone 6 di XOX Mobile

Share Button

Operator Rangkaian Mudahalih Maya (MVNO) iaitu XOX Mobile (XOX) hari ini mengumumkan Kempen Sambutan Merdeka, untuk meraikan pelanggannya. Pelanggan XOX kini berpeluang untuk memenangi salah satu dari 15 unit iPhone 6 yang ditawarkan, dalam kempen ini.

Kempen Sambutan Merdeka XOX akan bermula dari 17 Ogos sehingga 31 Ogos 2015. Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan prabayar XOX, warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas.

XOX kini mempunyai seramai 650,000 pelanggan dan ingin memberi ganjaran kepada pelanggannya. Dari maklumbalas pelanggan, kebanyakan mahukan telefon iPhone 6 sebagai hadiah. Jadi, XOX menyediakan 15 unit iPhone 6 sebagai ganjaran kepada pelanggan bertuah.

15 unit iPhone 6 di XOX

 

Untuk melayakkan diri ke dalam kempen ini, pelanggan prabayar XOX hanya perlu menambah nilai kredit mereka sebanyak RM30, dan layak untuk satu cabutan bertuah.

Setiap hari, satu cabutan akan dibuat untuk memenangi satu unit iPhone 6, dari 17 Ogos sehingga 31 Ogos 2015. Pemenang akan diumumkan di lamanweb XOX dan juga Facebook XOX.

XOX Mobile menawarkan pelan dengan jangka masa aktif lebih panjang. Kadar panggilan juga rendah, bermula dari 9sen seminit. XOX turut menawarkan pelan data dengan kelajuan 4G LTE, bermula dari RM18 sebulan. Layari lamanweb XOX untuk maklumat lanjut. Syarat dan TErma pertandingan boleh didapati di sini.

Apa komen anda?