Redmi Note 2 berkuasa tinggi diperkenalkan dengan harga murah

Share Button

Di acara pelancaran MIUI 2 di Beijing, China hari ini, Xiaomi turut sama memperkenalkan telefon pintar mampumilik terbaru mereka, Redmi Note 2. Ia mula dijual di China pada 16 Ogos 2015 dengan harga bermula dari RMB799, dengan pilihan rangkaian dan storan berbeza.

Redmi Note adalah phablet dengan skrin besar 5.5-inci. Ia direka untuk memenuhi pasaran mampumilik, tetapi Redmi Note 2 datang dengan perkakas dalaman yang menandingi peranti utama. Kuasanya digerakkan oleh CPU utama Mediatek 64-bit, Helio X10 8-teras 2.0GHz, dengan 2GB RAM LPDDR3 & 16GB storan dalaman. Ia mempunyai slot kad memori mikroSD untuk storan tambahan, serta dua lagi slot untuk kad sim yang menyokong rangkaian 4G LTE.

Redmi Note 2 spesifikasi

Redmi Note 2 mempunyai skrin 5.5-inci, yang dipertingkat ke HD Penuh 1920×1080. Baterinya berkapasiti 3060mAh yang boleh dicabut. Redmi Note 2 datang dengan kamera belakang 13MP bersama autofokus pengesanan fasa (PDAF) yang pantas, serta kamera depan 5MP. Sebagai tambahan, Redmi Note 2 kini mempunyai pancaran infra-merah, yang boleh digunakan untuk mengawal alatan elektronik seperti TV dan pendingin hawa, dari jarak jauh.

redmi note 2 spec harga china

Xiaomi turut memperkenalkan versi peningkatan, Redmi Note 2 Prime. Ia mempunyai CPU Helio X10 lebih pantas, berkelajuan 2.2Ghz serta storan lebih besar 32GB. Prestasi Redmi Note 2 Prime, mengatasi tahap biasa peranti utama. Ia dapat dilihat dengan pencapaian ujian Antutu, yang mencecah 54,024 markah. Ini sahaja telah mengatasi Mi Note dan Mi 4i yang kami uji sebelum ini. Walaupun Redmi Note 2 dilancarkan di acara MIUI 7, ia masih digerakkan oleh MIUI 6. Kemaskini MIUI 7 akan datang kemudian untuk Redmi Note 2.

redmi note 2 harga china

Di China, terdapat 3 jenis Redmi Note 2 yang akan dijual bermula 16 Ogos 2015. Pertama, versi TDD LTE SCDMA berharga RMB799 (~RM500). Kedua ialah versi FDD LTE yang serasi dengan rangkaian 4G Malaysia, berharga RMB899 (~RM569). Manakala Redmi Note 2 Prime adalah versi ketiga yang turut menyokong rangkaian 4G Malaysia, berharga RMB999 (~RM629). Terdapat lima warna Redmi Note 2 diperkenalkan iaitu putih, hitam, merah jambu, kuning dan biru.

lima warna Redmi Note 2reedmi note 2 lifestyle miui forum 001 Redmi Note 2 lifestyle MIUI Forum 003 Redmi Note 2 lifestyle MIUI Forum 002 Redmi Note 2 lifestyle MIUI Forum 004

[SUMBER]

Comments

    • TheSkop

      Boleh, tapi kena pastikan versi yang menyokong FDD-LTE, bukan versi TDD-LTE. Satu lagi, kena pasang sendiri Google Playstore dan servis Google yang lain macam Youtube, Maps, dan lain-lain.

Apa komen anda?