Redmi Note 2 bakal muncul di pelancaran Miui 7

Share Button

Xiaomi baru mengumumkan yang mereka akan melancarkan Miui 7 tidak lama lagi, pada 13 Ogos 2015 di China. Ia menampilkan logo bernombor 7, dengan 7 warna pelangi. Tapi, khabar angin mula tersebar tentang telefon pintar yang akan muncul bersama di pelancaran Miui 7 ini. Telefon yang dikatakan tersebut adalah Redmi Note 2.

Redmi Note adalah telefon pintar dalam kelas phablet, dengan skrin sebesar 5.5-inci. Ia adalah siri telefon pintar Xiaomi yang masih belum menerima model terbaru, jadi tidak hairan jika ia akan menerima kemaskini terbaru dalam bentuk Redmi Note 2 pada waktu ini.

TENAA Redmi Note 2 depan belakang kiri kanan

Perkara ini ditemui oleh laman MyDrivers, di mana Redmi Note 2 telah ditemui di dalam kedai dalam talian Mi China, berharga RMB799 (~RM509). Peranti ini juga datang dengan storan sebesar 32GB, kenaikan berganda jika dibandingkan dengan Redmi Note yang mempunyai hanya 8GB storan. Dalam pengkalan data TEANA (SIRIM versi China), Redmi Note 2 mengekalkan skrin 5.5-inci tetapi kali ini datang dengan resolusi HD Penuh 1920×1080.

Redmi Note 2 di TEANA china

Redmi Note 2 ini kelihatan mempunyai CPU 2.0GHz (mungkin MediaTek MT6795) bersama 2GB RAM. Tetapi pada senarai TEANA, ia mempunyai storan 16GB, jadi mungkin pilihan dengan storan berbeza dapat dilihat. Kamera belakangnya 13MP, manakala kamera depan 5MP. Kali ini ia datang dengan dua slot kad sim yang menyokong 4G LTE, seperti Redmi 2. Persoalannya, mampukah Xiaomi mengekalkan harga mampu milik Redmi Note 2 ini dibawah RM700 kelak?

[SUMBER: 1, 2, 3]

Trackbacks

  1. […] post Redmi Note 2 bakal muncul di pelancaran Miui 7 appeared first on […]

Apa komen anda?