Promosi dahsyat menanti pembeli terawal Galaxy Note5

Share Button

Samsung Malaysia akan mula menjual Galaxy Note5 dan juga Galaxy S6 edge+ di Malaysia, minggu depan. Untuk memudahkkan lebih ramai mencuba dan melihat sendiri telefon terbaru ini, Samsung akan mengadakan promosi roadshow kedua-dua telefon pintar terbaru ini di tiga lokasi. Pembeli juga boleh mendapatkan tawaran eksklusif apabila membeli di roadshow ini.

Roadshow Galaxy Note5 ini akan diadakan di tiga lokasi berikut:

Sunway Pyramid, Kuala Lumpur : 4 – 9 September 2015
Plaza Gurney, Pulau Pinang : 4 – 6 September 2015
Sutera Mall, Johor Bahru : 4 – 6 September 2015

Galaxy Note5 datang dengan storan dalaman 32GB, berharga RM2,699 termasuk GST dengan dua pilihan warna, Putih Mutiara dan Emas Platinum. Manakala Galaxy S6 edge+ juga dengan storan 32GB, berhargaRM3,099 juga dengan dua warna, Emas Platinum dan Hitam Sapphire.

Bagi pembeli Galaxy Note5 dan Galaxy S6 edge+ di roadshow ini, mereka akan menerima pek bateri powerbank 11,300mAH dan pengecas tanpa wayar bernilai RM538. Tetapi sementara stok masih ada, dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Diskaun 50 peratus Note5 Samsung Malaysia

Tetapi, promosi yang lebih hebat menanti adalah diskaun 50% untuk pembeli Galaxy Note5. Diskaun ini adalah untuk pembelian unit kedua Galaxy Note5, dan terhad kepada pembeli terawal di lokasi roadshow pada 4 September 2015 kelak.

Promosi diskaun 50% unit kedua Galaxy Note5 ini terhad kepada 100 pembeli pertama di Sunway Pyramid, 50 pembeli pertama di Plaza Gurney dan 50 pembeli pertama di Sutera Mall. Ini bermakna, hanya 200 unit disediakan untuk promosi diskaun 50% ini. Untuk memahami lebih lanjut, rujuk artikel kami di sini.

Promosi hebat Note5 Samsung Malaysia

Samsung turut meraikan pengguna Galaxy Note dengan kempen tawaran tukar-beli yang eksklusif. Bermula pada 4 September, pembeli berminat boleh menukar telefon pintar mereka kepada Galaxy Note5. Hanya bawa telefon pintar lama ke lokasi roadshow atau kedai pengedar Samsung terdekat yang sah untuk dinilai bagi mendapatkan diskaun ke atas belian Samsung Galaxy Note5 baru.

 

Apa komen anda?