Pandangan Awal Berkenaan Honor 7

Share Button

Jika anda mahukan telefon pintar murah dengan spesifikasi hebat, pasti nama Xiaomi sering kedengaran. Tetapi terdapat satu lagi jenama yang menghasilkan telefon berprestasi tinggi dengan harga mampumilik, iaitu Honor. Hari ini, Honor melancarkan model terbaru telefon pintar kelas utamanya bagi peringkat antarabangsa di London, iaitu Honor 7. Ini adalah pandangan awal tentang Honor 7 dari Theskop.

Honor 7 - Google Now tanya cuaca

Honor 6 yang dilancarkan tahun lepas, memang telefon yang sangat menarik dengan spesifikasi sehebat kelas utama, pada harga di bawah rm1000. Kini, versi terbaru muncul dengan rupa yang lebih premium. Honor 7 mempunyai skrin 5.2-inci HD Penuh di hadapan, dengan salutan besi yang melengkung di belakang.

Honor 7 - Belakang di London

Honor 7 mempunyai satu butang unik di sebelah kiri, yang digelar butang pintar. Di China, ia digunakan untuk akses pantas ke pembantu pintar seperti Siri di iPhone. Untuk model antarabangsa, ia adalah butang akses pantas ke aplikasi, yang boleh ditetapkan secara manual. Butang ini tidak terletak betul-betul di tengah, jadi ia dilihat lebih mesra pengguna tangan kanan.

Honor 7 - sisi kiriButang Pintar di sisi kiri Honor 7

Honor 7 - sisi kananButang kuasa di sisi kanan Honor 7

Honor 7 dikuasakan CPU 64-bit terbaru dari Huawei, iaitu Kirin 935 dengan 8-teras 2.2GHz, sedikit lebih baik dari Huawei P8 dengan Kirin 930. Ia dilengkapi RAM sebesar 3GB dan storan dalaman 16GB. Honor 7 mempunyai dua slot kad sim bersaiz nano, dengan slot kedua berkongsi tempat dengan kad memori mikroSD.

Honor 7 - slot kad sim mikroSD

Untuk kamera belakang, ia menggunakan sensor terbaru dari Sony, dengan resolusi 20MP serta autofokus pengesanan fasa (PDAF), bersama dwi-tona LED Flash. Bagi rakaman video, ia hanya menyokong sehingga HD penuh 1080p sahaja, tiada rakaman 4K. Honor 7 dilengkapi fungsi Ultrashot, merakam gambar dari skrin terpadam dengan pantas. Hanya tekan butang bunyi turun sebanyak dua kali, dan ia akan terus menangkap gambar semasa skrin terpadam. Kamera depan Honor 7 pula datang dengan resolusi 8MP serta LED Flash.

Honor 7 - Belakang kamera pengimbas

Honor 7 masih mengekalkan fungsi pemancar inframerah, untuk mengawal peralatan elektrik di rumah seperti tv dan penghawa dingin. Teknologi baru yang ada pada Honor 7 ialah pengimbas capjari. Pengimbas capjari ini terletak di belakang, sama seperti yang terdapat pada Huawei Ascend Mate 7. Jadi, agak sukar untuk digunakan jika telefon diletakkan di atas meja.

Honor 7 - atas infra merah IR

Kuasa Honor 7 dijana dari bateri berkapasiti 3,100mAh. Berat keseluruhan Honor 7 ialah 157 gram, dengan ketebalan 8.5mm. Ia boleh dikatakan di luar kategori peranti nipis masakini, yang kebanyakannya kurang dari 7mm tebal. Honor 7 menjalankan sistem operasi Android 5.0 Lollipop, dengan antaramuka EMUI 3.1.

Honor 7 - Depan UI EMUI 3

Malaysia adalah salah satu pasaran utama Honor, dan akan menjadi antara yang terawal menerimanya. Honor 7 dijangka tiba di Malaysia sekitar bulan September. Tetapi dengan tukaran matawang ringgit yang tidak menentu, mungkin harganya sedikit tinggi dari jangkaan awal. Yang pasti, ia masih memberikan nilai terbaik di dalam kelasnya. Secara keseluruhan, Honor 7 dilihat memiliki pakej yang lebih baik dari Huawei P8, pada harga yang lebih rendah.

 

Apa komen anda?