Pameran ASUS Zensation perkenal tablet pelbagai guna Zenpad 7

Share Button

Hari ini, ASUS Malaysia memulakan pameran jelajahnya di Pusat beli-belah MidValley Megamall. Bertempat di Centre Court, Ground Floor MidValley, pameran ASUS Zensation ini mempamerkan tablet terbaru ASUS, iaitu Zenpad 7.0 (Z370CG) dan juga Zenpad C (Z170CG). Pameran ASUS Zensation yang bermula hari ini, akan berakhir pada hari Ahad, 30 Ogos 2015.

Pengunjung yang hadir, boleh membeli kedua-dua tablet Zenpad ini, terus di pameran ASUS Zensation ini. Zenpad C yang telah diumumkan lebih awal, berharga hanya RM499. Manakala Zenpad 7.0 pula pertama kali diumumkan harganya hari ini, iaitu RM749. Semua harga ini termasuk GST.

Pelancaran Zenpad 7 di ASUS zensation roadshow

Tablet ASUS Zenpad C dan Zenpad 7.0 dikuasakan CPU Intel Atom x3 C3230. Zenpad C mempunyai 1GB RAM & 16GB storan, yang boleh ditambah melalui kad memori mikroSD. Skrin IPS 7-incinya pula beresolusi 1024×600 piksel. Ia menyokong rangkaian sehingga 3G sahaja, melalui dua slot kad sim.

Manakala Zenpad 7.0 pula datang dengan 2GB RAM & 16GB storan, bersama slot kad memori mikroSD. Skrinnya IPS 7-incinya lebih tajam dengan resolusi HD 1280×800 piksel, tetapi Zenpad 7.0 hanya mempunyai satu slot kad sim dengan rangkaian 3G.

Zenpad 7 about setting

Perkara yang menarik pada Zenpad 7.0, adalah penutup belakangnya yang boleh ditukar kepada pelbagai aksesori. ASUS Malaysia telah menyenaraikan 3 aksesori, iaitu penutup bateri berharga RM109, penutup audio 5.1 berharga RM249, dan casing Zen Clutch berharga RM119. Untuk setiap pembelian Zenpad 7.0, ASUS memberikan Zen Case tambahan percuma.

Harga Aksesori Zenpad 7

ASUS turut mengumumkan, akan melancarkan telefon baru, Zenfone Selfie pada hari akhir jelajah Zensation, iaitu Ahad 30 Ogos 2015. Zenfone Selfie adalah telefon pintar berasaskan Zenfone 2, dengan kamera hadapan 13MP bersama autofokus dan dwi-tona LED Flash. Kamera belakang Zenfone Selfie pula dilengkapi autofokus lazer. Selain Zenfone Selfie, satu lagi telefon pintar murah ASUS Zenfone dijangka akan diumumkan.

Jangan lupa untuk berkunjung ke pameran ASUS Zensation di Midvalley untuk melihat sendiri tablet ASUS Zenpad yang baru, ataupun hadir pada hari Ahad untuk menyaksikan Zenfone Selfie. Jika anda berminat dengan Zenfone Selfie, sertai pertandingan selfie cosplay ASUS sekarang, untuk peluang memenangi telefon Zenfone Selfie.

Pelbagai penutup belakang ASUS Zenpad 7 Pelbagai warna penutup belakang Zenpad 7

clutch cover untuk Zenpad 7Casing Zen Clutch menjadikan Zenpad 7 seperti rupa beg tangan wanita

Zenpad 7 dengan audio coverPenutup Audio dengan sistem audio DTS-HD 5.1 saluran

Trackbacks

  1. […] yang diadakan di MidValley Megamall, akan berakhir pada hari ini. Jika di hari pertama pameran, ASUS melancarkan tablet Zenpad yang baru. Di hari akhir pameran ini pula, ASUS memperkenalkan beberapa telefon Zenfone yang baru. […]

  2. […] yang diadakan di pusat beli-belah Midvalley Megamall Kuala Lumpur. Pada hari pertama pameran, ASUS melancarkan tablet Zenpad C dan Zenpad 7.0, hari ini pula ASUS Malaysia memperkenal 4 telefon pintar baru dari […]

Apa komen anda?