Pameran & acara gayahidup digital menarik menanti di KL Converge! 2015

Share Button

Acara konferen dan pameran tahunan, KL Coverge! 2015 bermula hari ini. Bertempat di Kuala Lumpur Convention centre (KLCC), ia mempamerkan kesatuan komunikasi dalam gayahidup digital rakyat Malaysia masakini.

Perasmian pembukaan KL Converge! 2015 disempurnakan oleh Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia. Tema KL Converge! 2015 kali ini ialah “Convergence and Digital Inclusion” (Kesatuan Di dalam Digital).

Pelancaran KL Converge 2015 oleh menteri

Pelbagai perkara menarik berkaitan ‘Internet of Thing’ (IoT) boleh dilihat dan disertai di KL Converge! 2015 seperti hackathon, ceramah, bengkel & pameran teknologi.

Syarikat terkemuka seperti Google, Axiata Group, U Mobile, Digi, Huawei, Fujitsu, Maxis, iFlix, Ericsson dan banyak lagi mempamerkan pencapaian dan teknologi terbaru mereka. Pengunjung juga boleh mendapatkan tips dan info berguna yang dikendalikan sendiri oleh pakar dalam bidang mereka.

Pameran MDEC di KL Converge 2015

Beberapa penceramah hebat telah pun mengesahkan tempat mereka. Antaranya ialah:

  1. Joe Flizzow (rapper & penulis lagu)
  2. Ming Thing (penghibur popular youtube)
  3. Gary chong (pengarah filem)
  4. Andrew Mason (penerbit filem popular seperti The Matrix)
  5. Anne Bruning (Penerbit dari Australia)
  6. Profesor Adrian Cheok ( Pengasas & Pengarah, Mixed Reality Lab)
  7. Jinny Boy TV (penghibur youtube popular)
  8. Marco Tempest (ahli silapmata siber)
  9. Brian Brushwood (selebriti youtube antarabangsa)

Pameran KL Converge! 2015 terbuka kepada semua, dengan pendaftaran percuma. Muat turun aplikasi KL Converge! 2015 di Google Playstore atau Apple Appstore untuk lebih banyak maklumat, atau layari lamanweb KL Converge dan juga Facebook KL Converge.

Pelbagai Pameran KL Converge 2015

Apa komen anda?