OPPO R7 dijual lebih awal dari R7 Lite dan R7 Plus di Malaysia

Share Button

Walaupun tidak muncul semasa pelancaran di Malaysia pada 7.7 yang lepas, OPPO R7 terlebih dahulu diumumkan ketibaannya di Malaysia. OPPO Malaysia hari ini mengumumkan OPPO R7, telefon pintar utama terbaru dengan rekaan elegan akan dijual di Malaysia bermula esok, 12 Ogos 2015 berharga RM1598 dengan GST, dalam kuantiti terhad. Sebanyak 2,000 unit OPPO R7 dalam warna emas & perak boleh mula didapati dari pengedar sah OPPO terpilih di seluruh Malaysia esok.

harga OPPO R 7 di Malaysia

Tampil pertama kali bersama OPPO R7 Plus di majlis pelancaran di China pada Jun lepas, OPPO R7 membuat kejutan apabila tidak diumumkan ketibaannya di Malaysia, dalam acara pelancaran R7 Lite dan R7 Plus di Kuala Lumpur. Tetapi ia mengejutkan kembali apabila menjadi siri-R7 yang pertama dijual di Malaysia.

Dari luar, rupa OPPO R7 memang serupa dengan OPPO R7 Lite. Badan magnesium unibodi kompak dan nipis dengan skrin 5-inci, memang tidak boleh dibezakan kerana ia memang direka dengan badan yang sama. Malah, kedua-duanya menggunakan CPU Qualcomm Snapdragon 615 64-bit, 16GB storan dalaman, sokongan 4G LTE pada dwi-slot sim yang berkongsi dengan slot kad memori mikroSD serta bateri berkapasiti 2320mAh.

Perbezaan R7 Lite R7 dan R7 Plus

Apa yang membezakan OPPO R7 dari R7 Lite ialah, OPPO R7 mempunyai RAM lebih besar sebanyak 3GB, R7 juga mempunyai pengecas pantas VOOC, dan skrin AMOLED R7 adalah HD penuh 1080p, berbeza dengan R7 Lite yang hanya HD 720p. OPPO R7 menggunakan antaramuka ColorOS 2.1 yang berasaskan Android 4.4 KitKat.

Dari segi kamera, OPPO R7 memiliki spesifikasi yang sama dengan R7 Lite, iaitu kamera belakang 13MP menggunakan sensor dengan LED Flash serta teknologi baru, Flash Shot. Flash shot mempunyai sistem autofokus baru berasaskan pengesanan fasa (PDAF), yang boleh memfokus sepantas 0.1 saat. Kamera belakang ini juga dilengkai lensa unggul keluaran Schneider-Kreuznach dari Jerman.

OPPO R7 warna emas dan perak

Kepada yang mencari-cari telefon pintar dengan skrin 5.0-inci, berprestasi tinggi dan kamera yang hebat, OPPO R7 ini boleh diletakkan dalam senarai teratas. Ia akan mula dijual pada harga RM1598 bermula 12 Ogos 2015, dengan dua pilihan warna, emas atau perak.

Buat mereka yang telah menempah awal OPPO R7 Plus berharga RM1998 pula, ia akan mula diedarkan pada 14 Ogos 2015. Manakala untuk OPPO R7 Lite, masih belum ada khabar tentang tarikh ia akan mula dijual di Malaysia. Ia mungkin mula dijual di Malaysia, seawal penghujung Ogos ini pada harga RM1298.

OPPO R7 depan belakang atas meja merah

Trackbacks

  1. […] post OPPO R7 dijual lebih awal dari R7 Lite dan R7 Plus di Malaysia appeared first on […]

Apa komen anda?