OPPO Care beri jaminan tambahan dari rosak terjatuh atau masuk air

Share Button

OPPO Malaysia akhirnya melancarkan secara rasmi, program OPPO Care di Malaysia. OPPO Care adalah program perlindungan selama 12-bulan, sebagai tambahan kepada jaminan sedia ada.

Jaminan perlindungan OPPO Care merangkumi kerosakan akibat terjatuh, ataupun kerosakan disebabkan air. Pelanggan OPPO kini boleh melanggan servis OPPO Care pada harga, RM68 untuk peranti berharga di bawah RM1,200, dan RM98 untuk peranti berharga RM1,200 ke atas.

OPPO yakin, servis selepas jualan yang bagus akan memberi kepuasan berpanjangan kepada pelanggan. Ini akan membuatkan pelanggan terus kembali kepada OPPO untuk pembelian seterusnya.

OPPO telah melancarkan servis OPPO Care di Lembah Klang selama sebulan, sebelum dilancarkan di seluruh negara. Pelanggan sangat sukakannya, dan kebanyakan pembeli peranti baru OPPO, terus melanggan servis OPPO Care, seperti pembeli OPPO R7 dan R7 Plus yang baru dilancarkan.

OPPO launch R7 Plus with Ollie COVER

Selepas mendaftar dengan OPPO Care, pelanggan boleh menikmati baikpulih peranti secara percuma, jika kos membaiki tidak melebihi 85% dari harga asal peranti. Tetapi, pelanggan hanya perlu menanggung harga tambahan selepas 85%, jika kos tersebut melebihi 85% harga peranti. Servis OPPO Care akan tamat dengan sendiri selepas 12 bulan.

Setiap peranti OPPO hanya boleh melanggan servis OPPO Care sekali sahaja. Jika peranti yang didaftarkan dengan OPPO Care diganti dengan peranti lain, servis OPPO Care akan berpindah ke peranti baru. Tarikh servis OPPO Care juga akan ditetapkan semula ke kosong. Tetapi, jika pengguna tidak pernah menggunakan servis OPPO Care sepanjang 12 bulan, pengguna boleh melanggan servis OPPO Care dengan 25% diskaun untuk peranti baru yang lain.

Apabila peranti rosak, pengguna boleh membuat tuntutan samada menghubungi Khidmat Pelanggan OPPO di talian 1800-88-6776 dalam masa 24 jam, atau pergi sendiri ke Pusat Servis OPPO bersama peranti, resit, kad waranti dan kad OPPO Care dalam masa 72 jam, untuk servis pembaikan percuma.

OPPO concept store O-Club

Semua pembeli peranti OPPO boleh melanggan OPPO Care terus dari mana-mana Kedai Konsep OPPO. Jika anda membeli dari pengedar sah OPPO, OPPO Care boleh dilanggan dalam masa 15 hari dari tarikh pembelian.

Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb OPPO Malaysia atau pergi ke Facebook OPPO Malaysia. Terma dan syarat berkenaan OPPO Care boleh didapati di sini.

Comments

  1. Che dol

    Saya baru beli oppo r7 plus 4 bln lepas dan lcd rosak tak tahu tiba2 tak boleh touch screen.. Warantty pun masih ada lg. Adakah oppo centre tukar baru atau saya kena repair?
    Sila hubungi sy untuk detail 0193742525 cik dol.

Apa komen anda?