OPPO beri diskaun pembelian telefon di bulan MERDEKA

Share Button

Anda peminat telefon pintar OPPO, tapi masih belum membelinya kerana kegawatan ekonomi yang sedang melanda? Ini berita baik untuk anda. OPPO Malaysia hari ini mengumumkan penurunan harga sehingga 27% bagi model terpilih telefon pintar OPPO. Potongan harga ini bermula dari hari ini, 7 Ogos 2015 di semua Kedai Konsep OPPO dan pengedar sah OPPO di seluruh Malaysia.

Telefon pintar yang menerima pemotongan harga ini ialah:

1. OPPO Neo 5 – RM 398 (harga asal RM 538)
2. OPPO R1L – RM 798 (harga asal RM 998)
3. OPPO R5 – RM 1,398 (harga asalRM 1,598)

Tiga telefon OPPO diturun harga

OPPO telah menerima sambutan hangat di seluruh dunia, di lebih 20 negara setakat tahun ini. OPPO juga baru-baru ini telah menjalin kerjasama dengan kelab bolasepak terkenal, FC Barcelona menjadi rakan rasmi. Di Malaysia, OPPO baru sahaja melancarkan telefon pintar siri R7, iaitu R7 Lite, R7 dan juga R7 Plus. OPPO turut melantik bekas ahli kumpulan EXO, Luhan menjadi duta produk OPPO R7 Plus.

Banner OPPO dan FC Barcelona

Trackbacks

  1. […] Malaysia pada awal bulan ini, telah mengumumkan penurunan harga untuk tiga model telefon pintar iaitu OPPO R5, R1L dan juga Neo 5. Tidak lama selepas itu, mereka […]

  2. […] Sebelum ini, OPPO Malaysia telah mengumumkan tawaran diskaun istimewa sempena bulan kemerdekaan. Telefon pintar yang terlibat dalam tawaran ini ialah OPPO Neo 5 yang […]

Apa komen anda?