OnePlus 2 muncul dalam pengkalan data SIRIM

Share Button

OnePlus 2 telah dilancarkan di peringkat antarabangsa pada minggu lepas. Kini, ia memulakan jelajah antarabangsanya di beberapa bandar terpilih. Diumumkan, negara Asia Tenggara mungkin akan dapat memilikinya bermula dari suku keempat 2015. Tetapi, OnePlus mungkin tiba lebih awal dari itu.

SoyaCincau melaporkan, peranti OnePlus 2 telah muncul di dalam pengkalan data SIRIM. Ia didaftarkan menggunakan nama model A2003, oleh Brightstar Distribution Sdn Bhd. Brightstar adalah pengedar tunggal OnePlus One di Malaysia, dan ia melantik Maxis sebagai penjual tunggal di Malaysia. Dengan laporan SIRIM ini, mungkin Maxis sekali lagi akan menjadi penjual eksklusif OnePlus 2, sepertimana petunjuk yang diberikan Maxis pada twitter mereka.

OnePlus 2 malaysia A2003 official SIRIM

OnePlus menggelar telefon pintar OnePlus 2 sebagai pembunuh peranti utama tahun 2016. Ia adalah telefon pintar yang dilengkapi CPU Snapdragon 810, 4GB RAM LPDDR4 dan pilihan storan 16GB atau 64GB. OnePlus 2 tidak memiliki slot kad mikroSD, jadi tiada penambahan storan boleh dilakukan.

Skrin OnePlus 2 kekal sama sebesar 5.5-inci dengan resolusi HD Penuh 1920×1080. Kamera belakangya kini dipertingkat ke 13MP F2.0 dengan fokus lazer yang pantas serta penstabil imej optikal. Kamera hadapannya pula 5MP. Bateri OnePlus 2 lebih besar kini, pada 3300mAh yang dimuatkan di dalam badan yang lebih kecil dari OnePlus One. OnePlus 2 menyokong dwi-sim nano 4G LTE, tetapi tidak menyertakan NFC.

OnePlus 2 tidak selesai

 

Antara fungsi baru di dalam OnePlus 2 ialah pengimbas capjari, yang dikatakan lebih baik dari TouchID pada iPhone. Port USB jenis-C juga digunakan pertama kali pada telefon ini. OnePlus turut menyertakan butang kawalan notifikasi fizikal, untuk mengubah notifikasi dengan pantas dan mudah. OnePlus akan menjalankan sistem operasi OxygenOS yang berasaskan Android 5.1 Lollipop, tetapi mempunyai lebih banyak fungsi yang bakal terdapat pada Android M.

OnePlus 2 diumumkan harga jualannya di Amerika Syarikat pada USD 329 (~RM1259) untuk storan 16GB, dan USD 389 (~RM1489) bagi storan 64GB. Untuk makluman, OnePlus One versi 64GB kini dijual di Malaysia berharga RM1199 hanya di Maxis. Seperti biasa, OnePlus menggunakan sistem jemputan untuk membeli OnePlus 2.

 

[SUMBER]

Apa komen anda?