[NOTE5] Samsung Ubah Gaya Note 5

Share Button

Sebelum Samsung melancarkan phablet popular mereka, Note versi kelima atau Note 5 minggu depan di New York, Amerika Syarikat, beberapa blog telahpun mendedahkan gambar-gambar yang dikatakan sebagai gajet tersebut.

Foto dari Droid-Life

Foto dari Droid-Life

Droid-life misalnya antara blog terbaru yang memaparkan Note 5 dengan rekaan rangka atau frame jenis besi ringan dan panel gelas. Ia seakan Samsung Galaxy S6 cuma jauh lebih besar dan dibezakan dengan bahagian belakang yang ada lengkungan.

Sekaligus, Note 5 lebih mudah dipegang. Slot S Pen juga tidak ketinggalan diletakkan di bahagian bawah di samping port USB dan bukannya USB jenis C. Mungkin kerana terlalu awal dan tergesa-gesa untuk memperkenalkan jenis C. Takut nanti ramai yang tidak sukar mencari aksesori.

Sumber mengatakan kepada TheSkop, Note 5 akan mempunyai RAM sebanyak 4GB dan kali ini, tiada slot mikroSD akan ditawarkan.

Selain itu juga, Note 5 akan memudahkan pengguna yang mempunyai dua nombor telefon apabila dua slot kad SIM disediakan dengan kedua-duanya dikatakan boleh mencapai rangkaian 4G.

Dari segi storan, disebabkan tiada lagi slot kad memori, Note 5 akan disediakan dengan kapasiti minimum 32GB di samping 64GB dan 128GB. Bateri? 3000mAh dan kali ini ia tidak boleh dicabut.

Trackbacks

  1. […] Baca artikel berkaitan Note 5 kami sebelum ini [Samsung Galaxy Note 5] […]

Apa komen anda?