[NOTE5] Note 5 tiba tanpa slot kad memori dan bateri dipateri

Share Button

Banner Galaxy Unpacked 2015 TheSkop

Untuk kali kelima, Samsung menampilkan phablet pintar keluaran mereka yang digelar Galaxy Note 5, yang kali ini tampil lebih nipis dan lebih kecil berbanding Note 4. Paling ketara, dapat dilihat bahagian belakangnya yang melengkung di sisi dan tidak lagi diperbuat daripada kulit seperti di Note 4. Kali ini belakangnya diperbuat dari gelas, tetapi cap jari anda tidak dilihat melekat di permukaan, kekal bersih dan licin.

Galaxy Note 5 Depan tangan COVER Galaxy Note 5 belakang tangan

S-Pen yang menjadi mercu tanda Galaxy Note kali ini lagi hebat. Kalau pada Note 4, anda perlu menariknya keluar dengan kuku, di Note 5 pula jauh berbeza. hanya Tekan pada belakang S Pen yang berada di bawah telefon dan ia akan keluar kerana ia menggunakan sistem ala spring.

S-Pen yang baru ini juga lebih peka dan sensitif. penggunaannya dirasakan seperti menulis di atas kertas biasa. Satu fungsi baru, apabila S-pen dikeluarkan semasa skrin terpadam, ia boleh terus digunakan menulis tanpa perlu melancarkan aplikasi seperti memo atau notes. Samsung juga menambah fungsi untuk dokumen PDF. S-pen boleh digunakan untuk menandatangani dokumen PDF, yang kemudiannya boleh dihantar semula menerusi emel.

Galaxy Note 5 s-pen di luar Galaxy Note 5 s-pen dengan air command

Fungsi ‘Air Command’, yang menjadikan S-pen ibarat tetikus dengan kursor di atas skrin Note 5, juga menerima penambahan. Pengguna kini boleh menambah aplikasi sendiri ke dalam senarai, berbanding arahan dan aplikasi sedia ada.

Seperti yang didedahkan sebelum ini, Note 5 kekal dengan skrin sebesar 5.7-inci Super AMOLED dengan resolusi Quad HD. Baterinya hanyalah 3,000mAh tetapi cas telefon Galaxy Note 5 lebih laju dan boleh dilakukan tanpa wayar, sama seperti di Galaxy S6. Badan Galaxy Note 5 senipis 7.6mm dengan beratnya sekadar 169gram.

 

Kamera utama Galaxy Note 5 pula 16 megapiksel dilengkapi OIS manakala kamera depan 5megapiksel. Kali ini, Note 5 datang tanpa slot kad memori. Ada 2 pilihan storan dalaman disediakan iaitu 32GB atau 64GB saja. RAM pula 4GB dan dikuasakan CPU Exynos 8-teras 14nm. Galaxy Note 5 menggunakan sistem operasi Android terkini Lollipop 5.1 dengan antaramuka TouchWiz.

Galaxy Note 5 diumumkan mula dijual di Amerika Syarikat & Kanada pada 21 Ogos 2015. Empat warna boleh dipilih antara Emas, Putih, Hitam dan Perak. Ia dijangka tiba di Malaysia pada awal September depan, dan mungkin datang dengan dua slot kad sim yang menyokong rangkaian LTE CAT9.

Galaxy Note 5 kiri atas belakang Galaxy Note 5 bawah belakang Galaxy Note 5 kiri belakang Galaxy Note 5 kanan belakang

Apa komen anda?