[NOTE5] Galaxy Note5 sah tiba secara rasmi di Malaysia minggu depan

Share Button

Siri kelima dalam keluarga Galaxy Note, iaitu Note5 nampaknya akan tiba di Malaysia seperti yang didedahkan kami sebelum ini. Kini, ia telah diumumkan secara rasmi oleh Samsung Malaysia, di mana Galaxy Note5 akan dilancarkan di Malaysia pada 3 September 2015.

Note5 yang baru dilancarkan di Amerika Syarikat beberapa minggu lepas, memperkenalkan rekabentuk yang menawan seperti Galaxy S6. Ia menggunakan kemasan kaca di belakang, dengan bingkai besi. Ia juga mengekalkan S-pen yang menjadi tanda jenama Galaxy Note. S-pen kini menggunakan spring, tidak lagi memerlukan umpilan jari untuk ditarik keluar. Fungsi Air Command yang baru, menambahkan lagi fungsi S-Pen di Note5.

Galaxy Note 5 s-pen dengan air command

Mungkin mengecewakan ramai peminat, Note5 yang baru turut mengikut jejak langkah Galaxy S6. Tiada lagi slot kad memori mikroSD untuk storan lebih besar, serta tiada lagi bateri boleh cabut untuk Note5. Kerana itu, Note5 ditawarkan dengan storan bermula dari 32GB, dan boleh menggunakan USB OTG untuk tambahan storan luar.

Galaxy Note5 yang baru kini lebih berkuasa. Ia mempunyai 4GB RAM dan dikuasakan CPU Exynos 7420, 64-bit 8-teras 14nm. Kamera utamanya beresolusi 16MP dengan OIS, dan kamera depan pula 5MP. Galaxy Note5 mempunyai bateri 3000mAh yang disertakan pengecasan pantas Samsung Adaptive Charge, serta pengecasan tanpa wayar yang juga lebih pantas dari biasa.

Galaxy Note 5 dengan pengecasan pantas tanpa wayar keliling

Dijangkakan tiga syarikat telekomunikasi akan turut menjual Galaxy Note5 pada hari pelancaran, iaitu Celcom, Digi dan Maxis. Celcom sendiri, telah memaparkan iklan tentang Galaxy Note5 yang bakal tiba. Untuk harga pula, berkemungkinan besar ia akan dijual sekitar RM2,799 untuk storan 32GB, sedikit mahal berbanding Galaxy S6 32GB pada harga RM2,599 termasuk GST. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut pada hari pelancaran kelak.

Celcom Galaxy note5 coming soon

Sementara itu, baca laporan kami tentang Galaxy Note5 semasa pelancarannya di New York di sini, serta pengalaman pertama kali kami menggunakan Galaxy Note5, pada video di bawah ini. Oh, mungkin anda perasan, Samsung menggunakan nama Note5 tanpa sebarang jarak. Mencuba sesuatu yang lain.

 


Apa komen anda?