Note 5 sama tapi tak serupa dengan S6 Edge+

Share Button

Banner Galaxy Unpacked 2015 TheSkop

Maka, Samsung telah pun berjaya melancarkan dua telefon pintar baru, Galaxy Note 5 dan juga Galaxy S6 edge+ dalam acara pelancaran Galaxy Unpacked 2015, bertempat di New York, Amerika Syarikat. Ia yang menyaksikan kedua-dua telefon pintar bersaiz phablet ini berkongsi beberapa ciri baru.

Antara persamaan inovasi teknologi  baru tersebut adalah:

  1. SIARAN LANGSUNG. Anda boleh berkongsi secara langsung melalui Youtube dengan hanya menekan butang khas pada kamera kedua-duanya. Ia boleh dilakukan dengan servis wifi, LTE atau 3G dan kemudiannya boleh direkod dan disimpan.

  2. AUDIO UHQ. Alat audio kedua-duanya dimajukan dengan UHQA yang menukar format audio biasa kepada kualiti tinggi. Malah, jika anda menyambungnya ke alat bluetooth seperti pembesar suara, ia akan secara automatik menghasilkan bunyi yang sangat jelas dan tajam.

  3. SIDE SYNC. Kali ini, kedua-duanya boleh dipadankan dengan PC dan seterusnya menerima beberapa fungsi seperti menerima panggilan, popup tetingkap mesej, URL dan perkongsian muzik boleh dilakukan. Bagi kerja pula, hanya gunakan konsep drag n drop bagi memindahkan dokumen.

  4. BAYAR TERUS. Tambahan kepada fungsi bayaran sedia ada melalui NFC, Samsung memperkenalkan fungsi MSR yang bekerja di kebanyakan terminal bagi menerima bayaran dengan ciri Samsung Pay mereka.

  5. TANPA WAYAR. Pengecasan tanpa wayar telah diperkenalkan pada Galaxy S6 yang lepas. Ia mudah tetapi memakan masa yang sangat lama. Samsung melonjak lebih tinggi apabila mencipta pengecasan pantas tanpa wayar untuk kedua-dua telefon baru ini. Hanya 2 jam diperlukan untuk pengecasan penuh, sama seperti kebanyakan pengecas biasa yang lain.

Galaxy Note 5 dengan pengecasan pantas tanpa wayar keliling

 

Trackbacks

  1. […] siri Galaxy Note mereka dan akan melancarkan Note7 pada awal bulan hadapan. Note5 dilancarkan tahun lepas pada 13 Ogos dalam acara Unpacked 2015. Seperti kebiasaannya, Unpacked tahun ini akan di […]

Apa komen anda?