Nak beli Note5 harga murah? TheSkop dedahkan taktiknya

Share Button

Samsung benar-benar memandang serius jualan gajet baru mereka nanti. Dengan itu, Samsung sememangnya berhasrat memberi promosi yang sangat menarik kepada pembeli mereka.

Sebab itu, jualan Galaxy Note5 dan S6 edge+ kali ini ada kelainannya. Meskipun dikira sebagai peranti utama bagi Samsung, promosinya tetap meriah.

Kepada 200 pembeli pertama saja (SILA BACA DENGAN TELITI) iaitu 100 unit di pusat beli belah Sunway Pyramid, 50 unit di Gurney Plaza, Pulau Pinang dan 50 unit di Sutera Mall, Johor Bahru pada 4 September 2015 saja. Diulang, pada satu hari saja, ada diskaun 50%, untuk pembelian unite kedua Note5.

wpid-wp-1440738069023.jpg

Harga jualan Note5 ialah RM2,699. Jadi bagaimana untuk membelinya dengan sedikit murah? Caranya ialah dengan memanggil seorang lagi rakan yang berminat membelinya atau anda ‘team up’ dengan individu lain yang berminat.

Jika pembelian kedua membolehkan anda mendapatkannya pada separuh harga iaitu bersamaan dengan RM1,349.50, anda boleh berpakat dengan rakan tersebut. Sekaligus harganya begini:

RM2,699 + RM1,349.50 = RM4,048.50

Selepas mendapat angka RM4,048.50 itu, bahagikannya kepada dua dan masing-masing akan membeli Note5 pada harga RM2,024.25 setiap seorang berbanding RM2,699. Ia bermakna anda sudah jimat sebanyak RM674.75!

Tapi ingat, 200 pembeli pertama saja ya! Bukan itu saja, anda juga akan memperoleh powerbank 11300mAh bernilai RM306 dan pengecas tanpa wayar bernilai RM232. Lagi tambah berbaloi. Hebat kan promosi Samsung ni.

 

Trackbacks

  1. […] Promosi diskaun 50% unit kedua Galaxy Note5 ini terhad kepada 100 pembeli pertama di Sunway Pyramid, 50 pembeli pertama di Plaza Gurney dan 50 pembeli pertama di Sutera Mall. Ini bermakna, hanya 200 unit disediakan untuk promosi diskaun 50% ini. Untuk memahami lebih lanjut, rujuk artikel kami di sini. […]

  2. […] Promosi diskaun 50% unit kedua Galaxy Note5 ini terhad kepada 100 pembeli pertama di Sunway Pyramid, 50 pembeli pertama di Plaza Gurney dan 50 pembeli pertama di Sutera Mall. Ini bermakna, hanya 200 unit disediakan untuk promosi diskaun 50% ini. Untuk memahami lebih lanjut, rujuk artikel kami di sini. […]

Apa komen anda?