Microsoft Malaysia buka pusat berita setempat Microsoft News Center

Share Button

Microsoft Malaysia baru-baru ini mengumumkan pembukaan lamanweb khas, untuk berita berkaitan Microsoft Malaysia. Dikenali sebagai Microsoft News Center, ia akan memaparkan pelbagai kisah dan berita tentang Microsoft yang berlaku di Malaysia. Ia boleh diakses menerusi lamanweb http://news.microsoft.com/en-my

Sebarang bentuk pengumuman dari Microsoft Malaysia, akan dipaparkan di Microsoft News Center ini, lengkap dengan gambar untuk rujukan untuk lebih kefahaman. Ia berfungsi untuk menjadi tempat sehenti, untuk semua keperluan media.

pengarah urusan microsoft malaysia k raman

Dengan sambutan Hari Kebangsaan yang kian hampir, Microsoft News Center kini memaparkan temubual khas bersama Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, K. Raman. Beliau berkongsi sedikit kisah tentang hidup beliau yang membesar sebagai ‘kanak-kanak muhibbah’. Beliau juga berkongsi tentang Microsoft dan halatujunya, serta pendapatnya tentang Malaysia yang akan menyambut ulangtahun ke-58.

Jangan lupa untuk melayari lamanweb Microsoft News Center untuk maklumat terkini dari Microsoft Malaysia.

Apa komen anda?