Mi Malaysia lancar jualan Merdeka serta sistem pembayaran bank online

Share Button

Mi Malaysia yang menjalankan perniagaan telefon pintar dan aksesori khusus dalam talian di lamanwebnya www.mi.com/my, mengumumkan penambahan pembayaran melalui perbankan dalam talian. Sebelum ini, Mi Malaysia hanya menerima pembayaran menggunakan kad kredit melalui PayPal sahaja.

Dikuasakan melalui sistem MOLPay, lamanweb Mi Malaysia kini menerima pembayaran melalui perbankan dalam talian, seperti Maybank2u, CIMB Clicks, HongLeong Connect, RHBNow, AmOnline, affinOnline dan juga FPX.

Mi Malaysia terima perbankan online MOLPay

Dengan ini, pembeli yang tidak memiliki kad kredit atau debit, kini boleh membeli produk asli Xiaomi terus di lamanweb Mi Malaysia. Lebih menarik, Mi Malaysia turut mengumumkan jualan khas sempena Hari Kemerdekaan yang bakal tiba.

Sempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke-58, Mi Malaysia mengumumkan 3 bundle yang dijual khas hanya pada 27 Ogos 2015. Dua jenis bundle Mi Power Bank Merdeka dan satu bundle Redmi 2 Enhanced Merdeka akan dijual khas pada tarikh tersebut. Jualan akan bermula pada jam 12 tengahari.

Mi Merdeka 58 sale bundle

Untuk meraikan juga sistem pembayaran baru perbankan dalam talian ini, pembeli juga akan menerima diskaun RM5 untuk setiap pesanan pada 27 Ogos 2015, jika bayaran dibuat melalui MOLPay. Pembeli boleh membuat pesanan berbeza sebanyak mungkin, dan menerima diskaun RM5 pada setiap pesanan. Asalkan bayaran dibuat melalui sistem perbankan dalam talian MOLPay.

Mungkin anda akan seronok untuk membuat pesanan sebanyak mungkin di laman Mi Malaysia kelak. Tetapi jangan lupa, hanya pesanan melebihi RM100 akan menerima penghantaran percuma. Jika pesanan kurang dari RM100, bayaran RM15 akan dikenakan untuk penghantaran di Malaysia Barat, dan RM25 untuk pesanan di Malaysia Timur.

Untuk terma dan syarat serta maklumat lanjut, tentang sistem pembayaran perbankan dalam talian MOLPay dan juga jualan khas Merdeka 58 di Mi Malaysia, layarinya di sini.

Apa komen anda?