Lenovo VIBE Shot dalam pelayaran ke Malaysia

Share Button

Lenovo Malaysia akan melancarkan kamera yang dilengkapi telefon pintar, atau sebaliknya, iaitu VIBE Shot pada minggu depan. Ia pertama kali dilancarkan di MWC Barcelona awal tahun ini, dilengkapi kamera belakang 16MP dengan penstabil imej optikal (OIS) serta 3 LED Flash, yang pertama seumpamanya di telefon pintar.

Lenovo mereka VIBE Shot dengan rupa luaran seakan kamera kompak. Ia mempunyai butang khas mengambil gambar serta butang untuk mengubah tetapan kamera dari mod Pintar ke mod Pro. VIBE Shot juga mempunyai auto fokus lazer yang pantas.

lenovo-vibe-shot-1

Di dalamnya, VIBE Shot dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 615 8-teras, dengan 3GB RAM. Skrin utamanya sebesar 5-inci dengan HD Penuh, yang dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 3. Storan dalamannya diumumkan datang dengan 2 pilihan, 16GB atau 32GB. Tidak dapat dipastikan lagi versi manakah yang akan dilancarkan di Malaysia kelak. Tetapi VIBE Shot memiliki slot kad memori mikroSD. Jadi, ia bukanlah masalah besar untuk mereka yang berminat mengambil gambar setiap masa.

Vibe Shot kamera dan telefon dalam satu

Merujuk kepada fungsi utamanya, VIBE Shot mempunyai 13MP kamera belakang yang dipandu auto fokus lazer yang pantas, bersama 3 LED Flash. Kamera hadapannya pula 8MP. Ia menyokong rangkaian 4G LTE dengan dwi-slot kad sim. baterinya pula sebesar 2900mAh.

Nantikan laporan kami pada majlis pelancaran Lenovo VIBE Shot, yang akan diadakan pada hari Selasa minggu depan, 18 Ogos 2015. Pastinya harga dan tarikh jualan serta warna pilihan akan diumumkan kelak.

Apa komen anda?