Lebih ruang bergaya & tonjol peribadi dengan MIUI 7

Share Button

Xiaomi bermula dengan mencipta MIUI dan tahun ini, mereka menyambut ulangtahun ke-5 MIUI dengan melancarkan versi terbaru, MIUI 7. MIUI direka berasaskan sistem operasi mudahalih Google yang popular, iaitu Android.

MIUI adalah antaramuka yang dioptimasi dengan sangat mendalam. Ia membolehkan pelbagai perubahan dibuat, mengikut citarasa pengguna. MIUI 7 kini datang dengan antaramuka yang lebih berwarna-warni, prestasi yang lebih hebat, penjimatan tenaga yang lebih baik serta lebih pilihan untuk pengubahsuaian.

Hugo di india melancarkan miui 7Hugo Barra di majlis pelancaran MIUI 7 di India

Peranti yang menjalankan MIUI 7 dikatakan dapat merasa peningkatan prestasi sehingga 30% lebih pantas ketika melancarkan aplikasi, dan 10% lebih panjang jangka hayat bateri dalam penggunaan seharian.

Antara fungsi baru yang terdapat di dalam MIUI 7 adalah:

1. Antaramuka (UI) sistem baru – 4 UI boleh dipilih selain UI utama, sebaik sahaja menghidupkan telefon pertama kali: Rose, Pink Blush, Ocean Breeze dan High Life.

5 jenis tema lalai MIUI 7

 

2. Showtime – Apabila menerima panggilan, kebiasaannya hanya nombor, nama dan gambar muka dipaparkan. Showtime melangkah setapak lebih tinggi dengan menambah gambar animasi atau video untuk ditetapkan pada akaun kenalan, dan dimainkan apabila menerima panggilan.

Showtime merakam video 5 saat untuk gambar kenalan

3. Auto DND – pengguna Mi Band dapat menggunakan fungsi tambahan ini, apabila Mi Band akan mengarahkan telefon bertukar ke mod DND secara automatik, apabila mengesan pengguna telah tidur. Apabila pengguna bangun, ia akan bertukar semula ke mod biasa.

Auto DND MIUI 7

4. Teks XXL – MIUI 7 kini menawarkan pengubahsuaian teks sehingga saiz XXL dengan mudah, dan muat di dalam skrin dengan tepat. Sesuai untuk pengguna veteran.

teks saiz L XL XXL di MIUI 7

5. Penjimatan Data MIUI – Menggunakan teknologi mamapatan Opera Max, ia boleh menjimatkan data menerusi semua aplikasi. Ia menggunakan sistem Awan opera untuk memampat gambar dan video, sebelum dihantar kepada pengguna untuk penjimatan data mudahalih sehingga 50%.

Opera Max di MIUI 7

6. Album Bayi – Dengan teknologi pengecaman wajah, MIUI 7 boleh mengecam wajah bayi dan mengumpulkannnya di dalam satu album, agar mudah ibubapa melihatnya semula. Ia juga boleh ditetapkan sebagai slideshow di lockscreen.

Album bayi di MIUI 7

7. Lockscreen Harian – Setiap hari, pelbagai gambar berkualiti tinggi yang berbeza akan menghiasi lockscreen pengguna.

Lockscreen harian berbeza MIUI 7

 

MIUI pertama kali dilancarkan pada 16 ogos 2010. Sehingga kini, ia telah digunakan lebih 150 juta pengguna di seluruh dunia, dan dikemaskini hampir setiap minggu.

MIUI 7 akan dibuka untuk pengguna BETA bermula 24 Ogos 2015. Ia boleh dimuat turun dari lamanweb MIUI sendiri. Ia akan boleh digunakan di peranti Xiaomi seperti Redmi 1S, Redmi 2, Redmi Note 3G & 4G, Mi 3, Mi 4 dan juga Mi 4i.

Peranti yang menyokong MIUI 7 BETA

Apa komen anda?