Lebih Pantas Lebih Besar dengan cakera WD Black 6TB

Share Button

WD Black adalah siri cakera keras berprestasi tinggi keluaran WD. Kini, WD mengumumkan ketibaan kapasiti lebih besar, iaitu 6TB. Kekal dalam saiz 3.5-inci dengan putaran 7200 RPM, ia adalah perkakas yang membantu meningkatkan prestasi yang diperlukan pemain games serta profesional.

Cakera keras WD Black menggabungkan teknologi putaran berkelajuan 7200 RPM, cache 128MB, dwi-tahap aktuator, antaramuka SATA 6 Gbps serta dilengkapi dwi-pemproses bersepadu untuk prestasi terbaik dalam kapasiti maksima. WD Black 6TB kini 29% lebih pantas dari versi WD Black 4TB dari segi kadar pengeluaran data, serta 10% lebih pantas dalam ujian PCMark Vantage.

WD Black 6TB - side

WD Black yang baru ini datang dengan jaminan terhad selama 5 tahun. Ia telah mula dijual di Malaysia, dengan kapasiti 5TB (WD5001FZWX) berharga RM1,399 dan kapasiti 6TB (WD6001FZWX) berharga RM1,599. Ia boleh didapati dari penjual di seluruh Malaysia, dan diedarkan oleh Achieva Technology Sdn Bhd, Amble Action Sdn Bhd dan Eternal Asia (M) Sdn Bhd.

Maklumat lanjut berkenaan cakera keras WD Black ini, boleh didapati di laman produk WD Black.

Apa komen anda?