Lagak Pro dengan Lenovo VIBE Shot

Share Button

Lenovo Malaysia hari ini memperkenalkan telefon pintar dengan fungsi kamera kompak yang hebat, Lenovo VIBE Shot. Rekabentuknya yang premium dengan bingkai aluminum sepenuhnya, seakan sebuah kamera kompak. Malah, ia datang dengan pelbagai fungsi mudah sebuah kamera, di dalam telefon pintar.

Lenovo VIBE Shot Media Launch with Model

Lenovo VIBE Shot dilengkapi kamera utama 16MP dengan penstabil imej optikal (OIS), tiga LED Flash, dan autofokus infra merah untuk fokus 2 kali lebih pantas dari biasa. Ia mempunyai butang fizikal, untuk mengubah dari mod automatik ke mod profesional dengan pantas.

Lenovo VIBE Shot - butang pro dan butang khas kamera

Pelbagai tetapan manual seperti jarak fokus, ISO, masa penutupan dan pelbagai lagi boleh digunakan di mod manual. Lebih menarik, ia mempunyai butang khas kamera untuk mengambil gambar. Terdapat juga lubang di sudut telefon, untuk mengikat tali strap.

Lenovo VIBE Shot - kawalan manual

Perkakas Lenovo VIBE Shot tak kurang juga hebatnya. Ia dikuasakan CPU Snapdragon 615 8-teras 1.7GHz, dengan 3GB RAM & 32GB storan. Ia juga mempunyai slot kad memori mikroSD untuk storan tambahan serta bateri 3000mAh yang tak boleh dicabut. VIBE Shot mempunyai dua slot kad sim bersaiz mikro, yang menyokong rangkaian 4G LTE. Slot kad sim ini juga tidak berkongsi tempat dengan kad memori mikroSD.

VIBE Shot mempunyai skrin IPS sebesar 5-inci dengan resolusi HD Penuh 1920×1080. Ia diperkasa dengan kaca tahan lasak, Corning Gorilla Glass 3 di bahagian depan dan belakang telefon. VIBE Shot juga menjalankan sistem operasi Android 5.1 Lollipop dengan antaramuka VIBE UI.

Lenovo VIBE Shot - warna dan harga Lenovo VIBE Shot - selfie flash percuma

Lenovo VIBE Shot telah mula dijual di Malaysia hari ini, berharga RM1399 termasuk GST. Untuk jualan awal ini, terdapat dua warna pilihan, iaitu Merah dan juga Kelabu. Terdapat juga hadiah percuma, VIBE Xtension Selfie Flash bernilai RM99, dengan pembelian VIBE Shot. Selagi stok masih ada.

Lenovo VIBE Shot - tetapan about Lenovo VIBE Shot - rupa belakang Lenovo VIBE Shot - bawah dan sisi kiri Lenovo VIBE Shot - kamera belakang 16MP IR autofokus triled Lenovo VIBE Shot - bawah dan sisi kiri 2 Lenovo VIBE Shot - model mempamerkan telefon

Trackbacks

  1. […] post Lagak Pro dengan Lenovo VIBE Shot appeared first on […]

Apa komen anda?