Kini OPPO R1x pula terima potongan harga

Share Button

OPPO Malaysia hari ini mengumumkan penurunan harga satu lagi telefon pintar mereka, iaitu OPPO R1x yang sungguh bergaya dan tampan. OPPO R1x kini boleh dibeli di seluruh kedai konsep OPPO dan pengedar sah OPPO, pada harga hanya RM1198, berbanding RM1398 sebelum ini. Harga ini termasuk GST dan penurunan harga ini berkuat kuasa serta merta.

OPPO R1x white back blue front

OPPO R1x adalah telefon pintar di kelas pertengahan, dengan CPU Snapdragon 615 8-teras di dalam, bersama 2GB RAM. Ia mempunyai skrin LTPS 5-inci HD dan dilengkapi 16GB storan dalaman, serta slot kad mikroSD. Kamera belakangya 13MP manakala kamera hadapan 5MP. Ia digerakkan oleh Android Kitkat 4.4 yang menggunakan antaramuka ColorOS 2.0.1 keluaran OPPO sendiri.

Apa yang membuatkan OPPO R1x ini sangat menarik, adalah rekabentuknya yang nipis, setebal 6.85mm sahaja. Ia mempunyai kerangka aloi magnesium-aluminium dan dilengkapi kaca sapphire di belakang dengan pantulan segitiga yang sangat menawan. Semua ini dimuatkan di dalam badan OPPO R1x dengan berat hanya 130gram.

 

Sebelum ini, OPPO Malaysia telah mengumumkan tawaran diskaun istimewa sempena bulan kemerdekaan. Telefon pintar yang terlibat dalam tawaran ini ialah OPPO Neo 5 yang berharga RM398 dari RM538, OPPO R1L berharga RM798 dari RM998 dan juga OPPO R5 yang kini berharga RM1398 dari RM1598.

Promosi OPPO Merdeka turun harga COVER

Apa komen anda?