Kemaskini Google Maps bawa pemandangan indah pantai Malaysia

Share Button

Google Malaysia hari ini mengumumkan kemaskini untuk perkhidmatan pemetaan bergambar mereka, Google Maps Street View. Kemaskini terbaru ini membawakan gambaran pesisiran pantai Semenanjung Malaysia, ke skrin pengguna di seluruh dunia, melalui Google Maps.

Pelancaran gambar pesisir pantai ini diadakan selepas tamatnya ekspedisi kayak di pesisir pantai Semenanjung Malaysia, yang dibuat oleh Persatuan Alam Sekitar Malaysia (MNS) melalui projek kerjasama dengan Google Malaysia: Projek Paddle for Nature.

Kerjasama MNS dan Google Malaysia membawa Google Maps pesisir pantaiPengarah Urusan Google Malaysia, Sajith Sivanandan (kiri) bersama Presiden MNS, Henry Goh (kanan)

Kempen yang berjalan selama setahun ini adalah sebahagian dari misi MNS untuk mengekalkan rupa alam semulajadi di pesisir pantai Malaysia, di samping memberi kesedaran kepada orang awam. Ia juga bertujuan mengutip dana untuk aktiviti MNS akan datang.

Kini, semua orang di seluruh dunia boleh mengembara secara maya di pesisir pantai Semenanjung Malaysia, dari Tumpat, Kelantan menuju ke Johor Bahru dan terus ke Pulau Langkawi. Tempat pelancongan terkenal malah yang tidak pernah diketahui sebelum ini, boleh diteroka terus dari skrin peranti atau komputer.

Google Street View Kayak cover

Projek yang bermula dari September 2014 dan berakhir pada Mac 2015, menggunakan kayak yang dilengkapi kelengkapan merakam gambar Google Maps Street View. Perjalanan menggunakan kayak ini meliputi perjalanan sejauh 2,200km.

Di kawasan terdapat ‘Street View’, imejnya boleh diakses dengan mengheret ikon berwarna jingga ‘Pegman’ kebahagian sebelah kanan peta, ke atas jalan berwarna biru. Di dalam Google Maps, pengguna juga boleh mencari destinasi tempatan terus akses ke imej Street View dari karusel imej (imagery carousel) yang terdapat di bawah skrin.

 

Apa komen anda?